Peruntukan RM15 juta bagi penarafan Tabika KEMAS Autisme

IPOH – Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) memperuntukkan sebanyak RM15 juta bagi melaksanakan kerja-kerja naik taraf Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tabika) di seluruh negara sebagai persiapan pelaksanaan Tabika Kemas Autisme menjelang tahun 2027.

Ketua Pengarah KEMAS, Datuk Mohd Hanafiah Man berkata, selain penambahbaikan infrastruktur, program latihan khas bagi guru tambahan turut dirancang bermula suku kedua tahun hadapan bagi melahirkan tenaga pengajar berkemahiran dalam pendidikan awal kanak-kanak autisme.

Menurut beliau, pelaksanaan fasa awal program itu sedang berjalan lancar termasuk kerja menaik taraf bangunan Tabika Kemas yang dikenal pasti sesuai dengan keperluan kanak-kanak autisme.

“Setakat ini, sebanyak 14 bangunan Tabika Kemas telah dinaik taraf dan seramai 52 guru, melibatkan tiga guru bagi setiap Tabika, telah menjalani latihan sepenuhnya.

“Insya-Allah apabila sesi persekolahan bermula Januari 2026, Tabika Kemas Autisme akan mula beroperasi.

“Di Perak, 12 Tabika Kemas Autisme akan dibuka melibatkan 12 daerah manakala kerja-kerja naik taraf akan dimulakan sekitar bulan April 2026,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas menghadiri Sambutan Hari Kanak-Kanak Peringkat Negeri Perak (Smart Kids) 2025 di Kompleks Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak, pada Ahad.

Hadir sama Exco Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Salbiah Mohamed serta Pengarah Sekretariat Pembangunan Wanita dan Masyarakat Perak (Wanita Perak), Jamaliah Zakaria.

Mohd Hanafiah berkata, mulai tahun 2027, KEMAS akan memperluaskan pelaksanaan program itu dengan membuka sebuah Tabika Kemas Autisme di setiap daerah di seluruh negara.

Mengulas mengenai proses kemasukan murid, beliau berkata, pemilihan akan dibuat berdasarkan permohonan yang dikemukakan dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Hanya anak-anak yang memiliki kad perakuan daripada JKM akan diterima, dengan keutamaan diberikan kepada anak-anak daripada keluarga B40 dan M40, khususnya di kawasan luar bandar,” katanya.

Tambah beliau, setiap Tabika Kemas Autisme akan menempatkan seramai 15 murid dengan nisbah seorang guru bagi lima murid, selaras dengan piawaian ditetapkan bagi pendidikan khas awal kanak-kanak.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata, Tabika Kemas Autisme akan diperluaskan mulai tahun depan melalui kerjasama antara KEMAS dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Related Posts

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

KOTA KINABALU – Sabah menjadi tuan rumah Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada 11 September 2026.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

KOTA KINABALU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kota Kinabalu petang ini untuk memulakan lawatan kerja selama dua hari ke Sabah. Ketibaan Perdana Menteri di Terminal 2,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula