Program ‘Sihat dan Ceria Bersama PERDIM’ capai objektif

KUANTAN – Pertubuhan Doktor Islam Malaysia (PERDIM) memperkukuh peranan sebagai badan bukan kerajaan (NGO) kesihatan yang prihatin terhadap kesejahteraan masyarakat luar bandar.

Perkara itu diterjemahkan menerusi penganjuran program ‘Sihat dan Ceria Bersama PERDIM’ di Kampung Orang Asli Alur Beruang, dekat sini, hari ini.

Presiden PERDIM, Dr Boi Saidi Abd Razak berkata, program berteraskan khidmat komuniti itu disertai 10 doktor pakar daripada persatuan berkenaan.

“Kita adakan klinik kesihatan dan kecantikan kepada komuniti di kampung berkenaan sejak pagi tadi.

“Selain klinik kesihatan percuma, kita turut mengagihkan pakaian dan pelbagai barangan keperluan asas kepada mereka,” katanya.

PERDIM N20 BN Dr Boi Saidi Abd Razak

Rombongan PERDIM disambut Tok Batin Jazli serta wakil Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Kemakmuran Kampung (JKKK) kampung berkenaan.

Mereka kemudiannya menikmati sarapan pagi bersama penduduk Kampung Orang Asli Alur Beruang.

Program dirasmikan Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Pahang, Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff.

Dr Boi Saidi berkata, antara pengisian menarik pada program itu adalah kursus pendek ‘Berhias Cantik Bersama Dr Suffia Hany’ yang disertai 45 wanita kampung terbabit.

“Program tersebut memberi pendedahan mengenai asas solekan dan penjagaan diri di samping menanam keyakinan dalam kalangan peserta.

“Bagi golongan kanak-kanak, pertandingan mewarna dikendalikan Dr Muzvin dan ia mendapat sambutan amat baik dengan setiap peserta kecil menerima set pensil warna percuma,” jelasnya.

PERDIM juga menyediakan khidmat gunting rambut dan urutan refleksologi percuma melalui tenaga mahir dibawa khas bagi memberi peluang penduduk menikmati perkhidmatan penjagaan diri tanpa perlu ke bandar.

“Kehadiran kami bukan sekadar untuk memberi rawatan, tetapi untuk membina hubungan dan keyakinan bahawa kesihatan adalah hak semua, tanpa mengira tempat dan latar belakang,” kata Dr Boi Saidi.

Related Posts

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

SANDAKAN – Kerajaan akan mempertingkat usaha pembangunan serta penempatan semula penduduk di Kampung (Kg) Bahagia susulan tragedi kebakaran besar yang memusnahkan ratusan rumah di kawasan berkenaan, awal pagi Ahad. Ahli…

Lebih lanjut

teruskan membaca
3 maut ditembak dalam restoran

KOTA TINGGI – Tiga individu maut selepas ditembak dalam satu kejadian di sebuah restoran sekitar bandar ini pada jam kira-kira 1.30 tengah hari tadi. Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16