Sidang Kemuncak ASEAN lambang kejayaan rakyat Malaysia – Fahmi

KEJAYAAN penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan mesyuarat berkaitannya disifatkan sebagai hasil usaha bersama seluruh rakyat Malaysia daripada pelbagai peringkat, bukan hanya kejayaan kerajaan semata-mata.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, Jemaah Menteri pada mesyuarat yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof hari ini turut merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam memastikan kelancaran sidang berprestij itu.

“Dari mereka yang menjadi wartawan, mengusahakan pentas, terbabit dalam aspek hospitaliti, menjaga lalu lintas serta menyediakan makan dan minum, semuanya memainkan peranan penting dalam menjayakan Sidang Kemuncak ASEAN ke-47,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media mingguan di Putrajaya, hari ini.

Fahmi yang turut menerima dan menghantar pulang delegasi Timor Leste berkata, negara itu menzahirkan pujian terhadap penganjuran sidang berkenaan yang disifatkan sangat teratur dan membanggakan.

“Delegasi Timor Leste menyatakan mereka amat terkesan dengan pengalaman sepanjang sidang kemuncak, termasuk kecekapan pegawai pengiring yang menunjukkan kemampuan tinggi.

“Mereka melihat Malaysia berjaya sebagai tuan rumah dan kejayaan ini adalah milik rakyat Malaysia, kejayaan kita bersama,” katanya.

Sementara itu, Fahmi berkata, Jemaah Menteri turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Pengarah Orkestra Tradisional Malaysia, Allahyarham Mohd Yazid Zakaria, yang meninggal dunia dua hari lalu.

“Pemergian Allahyarham adalah kehilangan besar buat industri muzik tanah air. Saya sendiri berasa sangat terkesan kerana kali terakhir bertemu beliau ialah pada malam gala Sidang Kemuncak ASEAN,” katanya.

Related Posts

BDR jimat subsidi petrol RON95 lebih RM4.22 juta

PUTRAJAYA – Inisiatif bekerja dari rumah (BDR) yang dilaksanakan kerajaan sejak 15 April lalu berjaya mengurangkan penggunaan petrol RON95 dengan penjimatan subsidi mencecah RM4.22 juta bersamaan 2.14 juta liter setakat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kos pengeluaran agrokomoditi meningkat susulan kenaikan input pertanian

PUTRAJAYA – Kos pengeluaran industri agrokomoditi negara meningkat susulan kenaikan ketara harga input pertanian termasuk baja NPK bagi kategori tempatan dan import yang naik sehingga 45.5 peratus, manakala racun meningkat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

BDR jimat subsidi petrol RON95 lebih RM4.22 juta

BDR jimat subsidi petrol RON95 lebih RM4.22 juta

200,000 benih udang galah dilepaskan di Sungai Temburong

200,000 benih udang galah dilepaskan di Sungai Temburong

Buruh asing edar syabu dalam pondok ditahan polis

Buruh asing edar syabu dalam pondok ditahan polis

876 penduduk DUN Kabong ceria terima bakul makanan sempena Gawai

876 penduduk DUN Kabong ceria terima bakul makanan sempena Gawai

Rafizi kelompok ‘hanya dia yang betul’, pengunduran beri kelebihan kestabilan dalaman PKR

Rafizi kelompok ‘hanya dia yang betul’, pengunduran beri kelebihan kestabilan dalaman PKR

ATM laksana latihan ketenteraan secara tersusun, lalui proses pihak terlibat – MKN

ATM laksana latihan ketenteraan secara tersusun, lalui proses pihak terlibat – MKN