Inkues: Saksi kanak-kanak ke-25 dakwa hubungan Zara, ibu baik

KOTA KINABALU – Saksi kanak-kanak ke-25 dalam prosiding inkues kematian pelajar tingkatan satu, Zara Qairina Mahathir, memberitahu mahkamah bahawa hubungan antara Zara dan ibunya berada dalam keadaan baik semasa dia bermalam di rumah keluarga berkenaan di Sipitang.

Peguam kepada ibu arwah, Shahlan Jufri berkata, saksi yang juga pelajar junior di sekolah tersebut memaklumkan bahawa dia mengenali Zara sebagai rakan sekelas dan rakan sebiliknya di asrama.

“Saksi memberitahu bahawa pada sekitar bulan Mei lalu, dia pernah mengikut Zara pulang ke rumahnya di Sipitang dan tinggal di sana selama dua malam.

“Sepanjang berada di rumah itu, saksi melihat Zara dan ibunya berinteraksi dengan baik.

“Ibu Zara turut mencuci dan menyeterika pakaian saksi serta memberinya wang dan makanan sebelum pulang ke asrama,” katanya kepada media selepas prosiding inkues di Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu, pada Rabu.

Menurut Shahlan, saksi turut menceritakan mengenai insiden kehilangan wang berjumlah RM21 di sekolah pada 15 Julai lalu yang membawa kepada sesi pemeriksaan mengejut ‘spot check’ di asrama.

“Saksi melaporkan kehilangan wang itu kepada seorang guru yang kemudian membenarkan ‘spot check’ dijalankan. Guru meminta seorang pelajar junior lain yang rapat dengan Zara melakukan pemeriksaan, namun wang berkenaan tidak ditemui.

“Pada malam yang sama pemeriksaan semula dilakukan terhadap beg dan loker Zara. Dompetnya diperiksa dan wang ditemui di dalamnya. Saksi mendakwa dia mengambil wang tersebut kerana yakin ia miliknya.

“Saksi mendakwa duit tersebut ada tanda dakwat hitam. Namun jika kita lihat pada keterangan saksi-saksi sebelum ini mengatakan duit tersebut ada tanda lipatan bukan tanda dakwat,” jelasnya.

Tambahnya, saksi memberitahu kepada mahkamah, sejurus selepas kejadian itu, Zara dilihat menangis di atas lantai sambil menjerit, ‘Aku nda curi bah, sial’.

“Pada malam yang sama Zara ada meminta gunting daripada beberapa pelajar junior termasuk dirinya, namun tiada siapa yang memberikannya kerana tidak mempunyai gunting.

“Saksi berkata dia tertidur selepas itu dan hanya terjaga apabila keadaan sudah kecoh di asrama, sebelum dimaklumkan Zara telah dibawa oleh ambulans,” jelasnya.

Dalam pada itu, saksi turut memberitahu bahawa dia pernah melihat Zara menulis dalam sebuah diari berkulit hijau gelap mengenai impiannya untuk menjadi Badar kerana ingin mencontohi seorang pelajar senior yang dikaguminya.

“Sepanjang pengetahuannya, saksi berkata Zara tidak pernah menunjukkan tanda-tanda dibuli, dimarahi atau tertekan sepanjang mereka bersekolah bersama,” ujarnya.

Related Posts

Kurangkan beban pengamal media, sidang media mingguan dilaksana hibrid – Fahmi

GOMBAK – Sidang media mingguan Jurucakap Kerajaan Perpaduan akan dilaksanakan secara hibrid demi mengurangkan bebanan kepada pengamal media susulan konflik di Asia Barat yang menyebabkan krisis tenaga global kini. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bantuan asas, penempatan sementara segera dilaksana buat mangsa kebakaran Sandakan – PM

KERAJAAN Persekutuan bersama Kerajaan Negeri Sabah sedang menyelaraskan bantuan asas dan penempatan sementara secepat mungkin untuk mangsa kebakaran di Kampung Bahagia, Sandakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16