Wakaf MAIK Muamalat dalam talian sasar peningkatan kutipan 20% tahun ini

KOTA BHARU – Wakaf MAIK Muamalat secara dalam talian yang merupakan hasil kerjasama Bank Muamalat Malaysia Berhad (Bank Muamalat) dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) menyasarkan peningkatan kutipan sebanyak 20 peratus pada tahun ini.

Ketua Jabatan Kewangan Sosial Bank Muamalat, Zaharuddin Alias berkata, transformasi digital tersebut yang dilakukan secara kod Respons Pantas (QR) bertujuan untuk membolehkan masyarakat berwakaf secara dalam talian dengan mudah, pantas, dan telus.

“Bagi menyahut seruan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyokong landskap perkhidmatan kewangan digital yang lebih memberangsangkan, Bank Muamalat telah menyediakan perkhidmatan wakaf digital di lima negeri yang terlibat iaitu Kelantan, Selangor, Negeri Sembilan, Kedah dan Pahang.

“Sumbangan yang diterima Wakaf MAIK Muamalat akan diagihkan kepada projek-projek wakaf di bawah sektor pendidikan, kesihatan, dan pemerkasaan ekonomi masyarakat setempat, termasuk penajaan asnaf terpilih untuk menyertai program keusahawanan iTEKAD Bank Muamalat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran logo baharu dan kod QR Wakaf MAIK Muamalat bersempena Bulan Wakaf MAIK, di sini hari ini, yang disempurnakan Timbalan Yang Dipertua MAIK, Dr Hasnan Ramli dan Pengarah Perbankan Runcit Bank Muamalat, Mohammad Zalman Jalil.

Mengulas lanjut, Zaharuddin berkata, pihaknya sentiasa komited untuk menjadi peneraju agenda wakaf tunai melalui kerjasama dengan Majlis Agama Islam Negeri-negeri yang terlibat untuk memperkasa kemajuan ummah dalam mencipta kehidupan lebih baik.

“Di Kelantan, Wakaf MAIK Muamalat dilancarkan pada tahun 2018 dengan kutipan telah mencapai lebih daripada RM2.3 juta.

“Sehingga kini, lebih RM932,526 telah diagihkan kepada projek wakaf yang memanfaatkan rakyat di Kelantan” katanya.

Untuk maklumat lanjut mengenai Wakaf MAIK Muamalat, sila layari laman sesawang Bank Muamalat di www.muamalat.com.my atau kunjungi cawangan Bank Muamalat terdekat.

Pelanggan juga boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan Bank Muamalat di 03-26005500 untuk maklumat lanjut.

Related Posts

PRN Johor: Rakyat bukan alat percaturan politik

BATU PAHAT – Semua parti dalam Kerajaan MADANI disaran mengamalkan pendekatan matang dan rasional dengan mengutamakan kepentingan rakyat berbanding percaturan politik, khususnya dalam menentukan tarikh Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan Negeri Sembilan BN dan PN tidak direstui Ahmad Zahid

PORT DICKSON – Spekulasi pembentukan gabungan baharu antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) di Negeri Sembilan dilihat tidak berasas susulan mendapat penolakan daripada kepimpinan tertinggi UMNO. Sumber memaklumkan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wan Rosdy optimis BN kekal jadi pilihan utama rakyat Pahang

Wan Rosdy optimis BN kekal jadi pilihan utama rakyat Pahang

Inisiatif MADANI bantu rakyat hadapi lonjakan kos susulan krisis Asia Barat

Inisiatif MADANI bantu rakyat hadapi lonjakan kos susulan krisis Asia Barat

Kandungan hina Sultan Selangor: MCMC ambil keterangan individu

Kandungan hina Sultan Selangor: MCMC ambil keterangan individu

Malaysia teguh prinsip kedaulatan, perluas kerjasama teknologi global

Malaysia teguh prinsip kedaulatan, perluas kerjasama teknologi global

14 ADUN tarik sokongan: Beri ruang, PH akan umum kemudian

14 ADUN tarik sokongan: Beri ruang, PH akan umum kemudian

Krisis global & kepimpinan Malaysia

Krisis global & kepimpinan Malaysia