Pengurangan OPR rangsang aktiviti ekonomi domestik

LANGKAH Bank Negara Malaysia (BNM) mengurangkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 2.75 peratus pada Julai lalu dilihat mula memberi kesan positif terhadap sistem kewangan negara dan dijangka merangsang pertumbuhan ekonomi dalam tempoh suku keempat tahun 2025 hingga 2026.

Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kesan pelarasan kadar itu kini dapat dilihat melalui penurunan kadar faedah rujukan utama dalam sistem perbankan.

“Kadar faedah rujukan seperti Kadar Asas Standard (SBR) dan Kadar Asas (BR), sudah diselaraskan sepenuhnya sejajar pengurangan OPR itu.

“Susulan itu, bayaran balik pinjaman bagi isi rumah serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang mempunyai pinjaman berkadar terapung yang bergantung pada kadar-kadar faedah rujukan, kini juga lebih rendah secara amnya.

“Selain pinjaman sedia ada, isi rumah dan PKS yang layak serta berhasrat mengambil pinjaman baharu, juga berpotensi menikmati kos pembiayaan lebih rendah.

“Ini juga dijangka meningkatkan keupayaan peminjam untuk berbelanja dan menyokong aktiviti perniagaan,” katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Datuk Awang Hashim (Pendang–PN) yang disiarkan dalam laman sesawang Parlimen.

Bagi isi rumah dan PKS yang masih dibelenggu tekanan kewangan serta memerlukan bantuan dari segi pembayaran ansuran bulanan, Anwar menjelaskan bahawa kerajaan masih menyediakan pelbagai program bantuan.

“Antaranya ialah kemudahan bawah dana Bank Negara Malaysia (BNM) untuk PKS, bantuan bayaran balik pinjaman secara bersasar oleh bank, serta khidmat nasihat.
“Selain itu, bantuan bawah pelbagai program daripada Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) seperti Program Pengurusan Kredit (PPK) untuk individu dan Skim Penyelesaian Pinjaman Kecil (SPPK) untuk PKS,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa kerajaan akan terus melaksanakan usaha berterusan bagi membantu rakyat meningkatkan pendapatan, mengurangkan beban perbelanjaan isi rumah, dan menyokong ekosistem perniagaan domestik.

“Antara langkah dilaksanakan ialah peningkatan gaji minimum swasta dan semakan skim gaji penjawat awam, penyediaan persekitaran perniagaan yang kondusif, serta pembangunan modal insan dan pemerkasaan digital melalui dasar kerajaan, termasuk Pelan Induk Perindustrian Baharu 2023 (NIMP 2030) serta Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR).

“Langkah ini penting bagi menarik pelaburan bernilai tinggi dan seterusnya meningkatkan produktiviti serta daya saing negara dalam jangka panjang, sekali gus mencipta peluang pekerjaan baharu untuk rakyat,” katanya.

Related Posts

Tiada individu atasi undang-undang, prinsip kesaksamaan mesti ditegakkan – PH

PUTRAJAYA – Tiada mana-mana individu berada di atas undang-undang dan setiap yang disabitkan kesalahan mesti menjalani hukuman mengikut Perlembagaan Persekutuan serta undang-undang sedia ada, tegas Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH).…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Harga arang batu melonjak cecah AS$148, tingkatkan kos jana elektrik – Akmal Nasrullah

KUALA LUMPUR – Harga arang batu yang melonjak kepada AS$148 satu tan pada 10 September meningkatkan tekanan terhadap kos penjanaan elektrik negara, kata Menteri Ekonomi, Datuk Seri Akmal Nasrullah Mohd…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pelajar luar bandar diseru rebut peluang pendidikan tinggi

Pelajar luar bandar diseru rebut peluang pendidikan tinggi

Sarawak teroka inisiatif digital atasi jurang guru pakar sains dan matematik

Sarawak teroka inisiatif digital atasi jurang guru pakar sains dan matematik

‎Kestabilan penting pastikan agenda MA63 terus dijayakan – Mustapha

  • By Ezmie
  • September 19, 2026
‎Kestabilan penting pastikan agenda MA63 terus dijayakan – Mustapha

Kane bantu Bayern belasah Union Berlin 7-0

Kane bantu Bayern belasah Union Berlin 7-0

Tiada individu atasi undang-undang, prinsip kesaksamaan mesti ditegakkan – PH

Tiada individu atasi undang-undang, prinsip kesaksamaan mesti ditegakkan – PH

Penjawat awam didakwa rancang ‘kehilangan’ Vellfire untuk tuntut insurans

Penjawat awam didakwa rancang ‘kehilangan’ Vellfire untuk tuntut insurans