Imigresen Sabah hantar pulang 616 PATI warga Filipina melalui pelabuhan Sandakan

SANDAKAN – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Sabah melaksanakan Program Pemindahan Tahanan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) Siri 18 bagi tahun 2025 melibatkan 616 tahanan warga Filipina yang dihantar pulang ke negara asal melalui melalui Pelabuhan Sandakan ke Pelabuhan Zamboanga City, Filipina, pada Khamis.

Pengarah Imigresen Negeri Sabah, Datuk SH Sitti Saleha Habib Yussof berkata, pemindahan tersebut melibatkan tahanan dari empat Depot Imigresen iaitu Kota Kinabalu, Papar, Sandakan dan Tawau.

“Daripada jumlah itu, seramai 377 lelaki, 134 wanita, 85 kanak-kanak berumur antara dua hingga 12 tahun dan 20 kanak-kanak berumur bawah dua tahun telah dihantar pulang menggunakan kapal MV Antonia 1,” katanya dalam satu kenyataan media, pada Jumaat.

Beliau berkata, tahanan berkenaan berumur antara satu bulan hingga 71 tahun dan semua kanak-kanak yang terlibat dalam penghantaran pulang ditemani ibu, bapa atau penjaga masing-masing.

“Sehingga kini seramai 8,956 tahanan warga asing telah dipindahkan pulang ke negara asal masing-masing melalui laut dan udara, terdiri daripada 6,835 warga Filipina, 1,751 warga Indonesia, 221 warga Pakistan, 78 warga China, 34 warga Vietnam, 10 warga India, tiga warga Thailand dan 24 warga lain-lain negara.

“Kesemua tahanan PATI telah menjalani hukuman mengikut peruntukan undang-undang yang ditetapkan dan memiliki Travel Document (TD) yang sah untuk tujuan pemindahan,” katanya.

Tambah Sitti Saleha, proses pemindahan tahanan ke negara asal bergantung kepada tindakan segera pihak kedutaan dalam mengeluarkan dokumen perjalanan berkenaan, dan kerjasama pihak kedutaan amat penting bagi memastikan proses penghantaran pulang dapat dilakukan dengan teratur.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan majikan di Sabah supaya menyertai program pendataan digital warga asing yang sedang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri bagi merekod keberadaan pekerja asing di negeri ini, khususnya dalam sektor perladangan.

“Inisiatif ini dijangka dapat membantu mengurangkan isu dokumentasi palsu serta lambakan PATI di Sabah,” katanya.

Beliau turut memberi amaran bahawa Imigresen Sabah akan terus mengambil tindakan tegas tanpa kompromi terhadap majikan yang melindungi pekerja asing tanpa dokumen sah

“Majikan yang didapati bersalah boleh dikenakan hukuman mengikut Akta Imigresen 1959/63, termasuk denda sehingga RM50,000, penjara atau sebatan,” ujarnya.

Related Posts

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

DALAM keadaan dunia yang semakin tidak stabil, langkah Malaysia melalui Petronas untuk berunding mendapatkan bekalan minyak dari Rusia membuktikan satu perkara penting: kepentingan rakyat sentiasa diutamakan melebihi tekanan geopolitik luar.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

DUNGUN – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi merasmikan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Dungun di Kampung Bukit Pauh, sekali gus memperkukuh komitmen kerajaan dalam memperluas akses pendidikan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

Ops Tiris 4.0: Pasukan petugas khas Sabah dan Labuan ditubuh bagi perkukuh penguatkuasaan

  • By Ynom
  • April 20, 2026
Ops Tiris 4.0: Pasukan petugas khas Sabah dan Labuan ditubuh bagi perkukuh penguatkuasaan

JPJ Melaka sita 5 kenderaan mewah nilai RM2.2 juta

JPJ Melaka sita 5 kenderaan mewah nilai RM2.2 juta