Inkues Zara: Saksi kanak-kanak ke-16 dedah pengalaman pahit budaya Mesyuarat Aras

KOTA KINABALU – Saksi kanak-kanak ke-16 dalam prosiding inkues kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir mendedahkan bahawa budaya Mesyuarat Aras (MA) yang diamalkan di asrama sekolah berkenaan meninggalkan kesan emosi mendalam terhadapnya semasa menjadi pelajar junior.

Menurut peguam ibu Zara, Rizwandean M. Borhan, saksi pernah dipanggil menghadiri MA oleh pelajar senior semasa berada di tingkatan bawah dan pengalaman itu masih memberi kesan kepadanya hingga kini.

“Saya tahu tentang kewujudan Mesyuarat Aras di asrama dan saya sendiri pernah mengalaminya apabila dipanggil oleh pelajar senior secara beramai-ramai.

“Akibat daripada MA itu, saya sangat terkesan kerana pelajar senior akan kerap menyindir saya apabila terserempak di mana-mana kawasan sekolah.

“Saksi memaklumkan dia sering disindir dengan panggilan ‘tu na tu jibam’. Jibam bermaksud ‘kaki report’. Saksi memilih untuk tidak melayan komen mereka,” katanya kepada media selepas prosiding inkues di Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu, pada Selasa.

Rizwandean berkata, saksi memberitahu kalau ada pelajar senior marah, mereka akan terus berjumpa dengan pelajar junior untuk memarahi dan memaki dengan kata-kata kesat.

“Saksi menyatakan budaya menyerbu dan menuduh pelajar junior seperti ini tidak wajar berlaku,” katanya.

Beliau menambah, saksi dilihat sebak dan menangis ketika mengimbas pengalaman pahit tersebut, termasuk kejadian MA yang pernah dilaluinya sendiri.

“Saksi berkata seorang guru pernah menasihati pelajar senior supaya menjaga percakapan kerana pelajar junior akan meniru perangai mereka,” jelasnya.

Dalam prosiding sama, Rizwandean berkata, saksi turut memaklumkan bahawa Zara kurang digemari oleh beberapa pelajar di asrama kerana ada yang menuduhnya mencuri.

“Saksi berkata ada yang memanggilnya ‘Zara yang problem itu’. Tetapi saksi memaklumkan Zara tidak bermasalah.

“Malah, dia tidak percaya dengan tuduhan itu kerana Zara seorang yang suka menolong orang.

“Saksi juga mengatakan Zara pernah memberikan semangat untuk terus belajar,” katanya.

Rizwandean berkata, saksi memberitahu bahawa sebelum ini warden asrama jarang melakukan pemeriksaan, namun keadaan berubah selepas kes kematian pelajar itu dibicarakan.

“Selepas kes ini, barulah para warden dilihat lebih aktif naik ke aras asrama untuk memeriksa para pelajar,” katanya.

Related Posts

Kurangkan beban pengamal media, sidang media mingguan dilaksana hibrid – Fahmi

GOMBAK – Sidang media mingguan Jurucakap Kerajaan Perpaduan akan dilaksanakan secara hibrid demi mengurangkan bebanan kepada pengamal media susulan konflik di Asia Barat yang menyebabkan krisis tenaga global kini. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bantuan asas, penempatan sementara segera dilaksana buat mangsa kebakaran Sandakan – PM

KERAJAAN Persekutuan bersama Kerajaan Negeri Sabah sedang menyelaraskan bantuan asas dan penempatan sementara secepat mungkin untuk mangsa kebakaran di Kampung Bahagia, Sandakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16