Sarawak terajui kerjasama strategik AI, semikonduktor dengan Korea Selatan

KUCHING – Sarawak melakar satu lagi pencapaian penting dalam usaha membangunkan ekosistem semikonduktor dan kecerdasan buatan (AI) apabila syarikat milik penuh kerajaan negeri, SMD Semiconductor, menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) strategik bersama Rebellions Inc. dari Korea Selatan di Wisma Bapa Malaysia pada Isnin.

Majlis pertukaran MoU itu disaksikan oleh Pengerusi SMD Semiconductor, Datuk Seri Dr. Wan Lizozman Wan Omar, serta Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Datuk Seri Dr. Muhammad Abdullah Zaidel.

Terdahulu, delegasi Rebellions Inc. yang diketuai Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama, Sunghyun Park, turut mengadakan kunjungan hormat ke atas Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Kompleks Satria Pertiwi.

Kerjasama ini merupakan susulan lawatan rasmi delegasi Sarawak ke ibu pejabat Rebellions Inc. di Seongnam City, Korea Selatan, pada 1 Oktober lalu yang diketuai oleh Datuk Seri Dr. Muhammad Abdullah.

Menurut kenyataan SMD Semiconductor, perjanjian ini membuka jalan kepada pembangunan bersama teknologi cip AI generasi baharu, pengukuhan kapasiti reka bentuk semikonduktor, serta peluang pelaburan strategik antara kedua-dua pihak.

Rebellions Inc., syarikat terkemuka dunia dalam reka bentuk pemecut AI dan teknologi High Bandwidth Memory (HBM), membawa kepakaran tinggi dalam bidang pemprosesan pintar berprestasi tinggi dan efisien tenaga.

Abang Johari dalam kenyataannya menyifatkan kerjasama ini sejajar dengan aspirasi negeri untuk membangunkan Integrated Longhouse Silicon Valley, sebuah ekosistem teknologi bertaraf dunia yang mampu menjadikan Sarawak pusat nadi semikonduktor Asia.

“Kerjasama ini mencerminkan komitmen kerajaan negeri membina ekonomi berasaskan pengetahuan yang mampu bersaing di peringkat antarabangsa,” katanya.

Sementara itu, Dr. Wan Lizozman menegaskan bahawa kerjasama tersebut menjadi titik tolak penting dalam merealisasikan impian menjadikan Sarawak sebagai ‘silicon nerve centre of Asia’.

“Dengan menggabungkan kekuatan SMD dan kepakaran Rebellions, kita bukan sekadar menyertai industri ini, tetapi turut menerajui masa depannya,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif SMD Semiconductor, Shariman Jamil, pula menyifatkan usaha itu sebagai landasan baharu bagi Sarawak mengukuhkan kedudukan dalam rantaian bekalan teknologi global.

“Inovasi AI kini tidak lagi terhad kepada Silicon Valley. Sarawak kini turut menempatkan diri sebagai pemain penting dalam ekosistem semikonduktor dunia,” ujarnya.

Kerjasama tersebut turut merangkumi inisiatif tenaga untuk pusat data, pembangunan aplikasi AI berskala industri, serta program latihan bersama universiti tempatan sekali gus memperkukuh hubungan teknologi antara Malaysia dengan Korea Selatan.

Related Posts

Pemandu, penumpang rentung kemalangan kereta, lori tangki

TEMERLOH – Pemandu dan penumpang sebuah kereta dipercayai rentung selepas dihempap lori tangki yang membawa muatan 32,000 liter diesel serta petrol sebelum terbakar di Kilometer 9 Jalan Temerloh–Triang, petang tadi.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

SEMPORNA – Kerajaan disaran meneliti pemberian bantuan khas atau memperluaskan skim sokongan sedia ada kepada guru yang bertugas di kawasan luar bandar dan kepulauan bagi membantu menampung kos pengangkutan yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cukup berkompromi, kini masa pacu reformasi – AMK

Cukup berkompromi, kini masa pacu reformasi – AMK

Pemandu, penumpang rentung kemalangan kereta, lori tangki

Pemandu, penumpang rentung kemalangan kereta, lori tangki

Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

  • By Fatin
  • August 14, 2026
Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

300 pelajar Pahang ke luar negara terima RM1,000

300 pelajar Pahang ke luar negara terima RM1,000

RCI Tabung Haji: Segerakan pendakwaan jika bukti cukup – Haniff

RCI Tabung Haji: Segerakan pendakwaan jika bukti cukup – Haniff