Politik Dajjal: Retorik ekstrem Pas risiko undang ketegangan, perpecahan – Penganalisis

PUTRAJAYA – Tindakan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengaitkan UMNO dengan ‘politik Dajjal’ seolah-olah mengambarkan parti itu sebagai entiti moral lebih tinggi.

Penganalisis Sosiopolitik, Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL), Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi berkata, tuduhan ini bertujuan memperkukuhkan kedudukan asas Pas dalam kalangan penyokongnya sebagai ‘pelindung’ Islam yang menentang kejahatan dalam politik.

“Kenyataan seperti ini boleh dilihat sebagai usaha untuk meletakkan Pas sebagai satu-satunya parti yang benar-benar mematuhi ajaran Islam, berbanding dengan UMNO yang dianggap telah menyimpang atau mengamalkan politik tidak beretika,” katanya kepada The Malaysia Press pada Sabtu.

Abdul Hadi memuat naik hantaran di Facebook, mendakwa UMNO yang rosak bersama Pakatan Harapan (PH) meneruskan prinsip dan konsep kebendaan menjadi agenda yang utama bagi menegakkan dan mempertahankan kerajaannya.

Ahli Parlimen Marang itu mendakwa, ia digunakan sebagai senjata dengan cara yang lebih daripada dajjal.

Menurut Awang Azman, kesannya jelas sekali mencerminkan penggunaan retorik ekstrem dalam politik Pas.

Beliau berkata, penggunaan istilah politik yang keras juga mampu mendorong penyokong Pas memperkukuhkan pendirian ekstrem sekaligus menggunakan pendekatan debat dengan pihak lain.

“Kenyataan Hadi berpotensi meningkatkan lagi jurang antara Pas dan UMNO, serta mengukuhkan polarisasi dalam politik Malaysia.

“Ini dapat mengurangkan ruang untuk kerjasama dan dialog antara parti politik yang berlainan ideologi, malah boleh memacu ketegangan yang lebih mendalam dalam kalangan rakyat,” katanya.

Tambah Awang Azman, tuduhan dan retorik sedemikian boleh menimbulkan ketidakstabilan politik yang boleh membawa kepada perpecahan atau konflik dalam kalangan parti-parti politik utama.

“Ketidakstabilan politik ini boleh memberi kesan kepada ekonomi dan keyakinan pelabur, sekaligus menjejaskan pembangunan negara,” ujarnya.

Hari ini, Majlis Ulama UMNO (MUU) menzahirkan kekesalan atas sikap dan cara berpolitik di pentas demokrasi yang keras dan kasar ditampilkan oleh Abdul Hadi dengan menuduh dan menggelar pihak politik yang berbeza sebagai lebih “dajjal daripada dajjal”.

Naratif politik sebegitu dlihat akan mengulangi siri pertembungan yang tajam khususnya antara penyokong dan ahli Pas dan UMNO pada awal 80-an menerusi cetusan amanat dan ucapan politik yang merosakkan persaudaraan Islam selama puluhan tahun sehinggalah diredakan menerusi Muafakat Nasional pada 2019.

Related Posts

Tabayyun kunci tangani berita palsu, elak jejas kestabilan negara – Fahmi

KUALA LUMPUR – Masyarakat dinasihatkan supaya mengamalkan prinsip tabayyun atau menyemak kesahihan maklumat sebelum berkongsi sesuatu berita bagi mengelakkan penularan maklumat palsu yang boleh menjejaskan keharmonian serta kestabilan negara. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bantuan MADANI bukan sekadar subsidi, ia pemangkin inovasi dan kelestarian pertanian – Dr Norhelmi

KUCHING – Pengumuman Kerajaan MADANI berhubung penyaluran bantuan tambahan yang dijadualkan bermula 21 April 2026 nyata memberi nafas baharu kepada ratusan ribu penggiat sektor pertanian negara. Lebih daripada sekadar angka,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pesara wanita berputih mata, rugi RM1.17 juta akibat ‘Love Scam’

Pesara wanita berputih mata, rugi RM1.17 juta akibat ‘Love Scam’

‎Anggota kapal selam diseru terus tingkatkan ilmu, kemahiran dan integriti ‎

‎Anggota kapal selam diseru terus tingkatkan ilmu, kemahiran dan integriti ‎

Tabayyun kunci tangani berita palsu, elak jejas kestabilan negara – Fahmi

Tabayyun kunci tangani berita palsu, elak jejas kestabilan negara – Fahmi

Arsenal ke separuh akhir UCL selepas singkir Sporting

Arsenal ke separuh akhir UCL selepas singkir Sporting

Klinik Kesihatan Nanga Atoi RM5.6 juta siap, perkasa kesihatan penduduk luar bandar

Klinik Kesihatan Nanga Atoi RM5.6 juta siap, perkasa kesihatan penduduk luar bandar

Bayern singkir Real Madrid dari saingan UCL

Bayern singkir Real Madrid dari saingan UCL