Pemandu Exco Johor marahi pengguna jalan raya diberi amaran

JOHOR BAHRU – Sikap seorang pemandu Exco Johor menahan sebuah kenderaan awam di tengah jalan untuk menegur individu berkenaan mengundang padah apabila video tersebut mulai tular.

Terdahulu, dalam rakaman kamera papan pemuka kenderaan berkenaan, pemandu Exco tersebut dilihat telah memotong laju sebuah kereta di hadapannya dan menghalang laluan di situ bagi menghentikan kereta berkenaan.

Pemandu Exco itu kemudiannya keluar dari kenderaan milik kerajaan negeri itu dan menegur sikap pemandu lelaki berkenaan yang dianggap memandu dengan tidak berhemah.

Sementara itu, memetik laporan Berita Harian, Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Johor, Lee Ting Han, dilaporkan berkata, pihaknya telah memberikan amaran selepas rakaman insiden berkenaan tular.

Bagaimanapun jelas beliau, insiden itu telah lama berlaku, namun tular sejak kebelakangan ini.

“Kejadian itu sudah lama, bukan baru-baru ini, cuma baru beberapa hari ini, ia tular di media sosial. Pemandu mengaku perbuatannya menghentikan kenderaan lain kerana pemandu kenderaan itu memandu secara berbahaya.

“Menurutnya, tindakannya untuk memberikan nasihat kepada pemandu kenderaan terbabit, mungkin cara dan nada suaranya agak kurang sesuai. Dia telah diberikan amaran oleh pengurusan kerajaan negeri.

“Dia juga telah diminta untuk memberikan kerjasama sekiranya terdapat laporan polis dibuat berhubung kejadian berkenaan,” katanya.

Ting Han mewakili pemandu kenderaan rasminya itu turut meminta maaf sekiranya kejadian terbabit menyebabkan perselisihan faham antara mana-mana pihak.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS), Asisten Komisioner Raub Selamat, memaklumkan pihaknya tidak menerima sebarang laporan polis berhubung kejadian itu.

“Hasil semakan mendapati tiada laporan polis dibuat berkait insiden itu di kawasan IPD JBS. Hasil pengamatan kasar ke atas video tular di Tiktok, mendapati kejadian mungkin pada 12 Disember tahun lalu, sekitar jam 8:33 malam,” katanya.

Related Posts

KPKT umum RM34.2 juta bagi 8 projek pembangunan Sandakan tahun 2025

SANDAKAN – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memperuntukkan sejumlah RM34.2 juta bagi pelaksanaan lapan projek pembangunan utama di bandar Sandakan untuk tahun 2025. Ia meliputi bidang pengurusan sisa pepejal,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
DAP Sabah sokong tindakan SLS, tuntut hak 40% Sabah

KOTA KINABALU – Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sabah menyatakan sokongan padu terhadap tindakan undang-undang yang diambil oleh Sabah Law Society (SLS) dalam menuntut hak perlembagaan negeri berkaitan 40 peratus hasil…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KPKT umum RM34.2 juta bagi 8 projek pembangunan Sandakan tahun 2025

KPKT umum RM34.2 juta bagi 8 projek pembangunan Sandakan tahun 2025

AS gerak usaha ‘bawa’ Trump sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47

AS gerak usaha ‘bawa’ Trump sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47

RMK13 perlu fokus sektor agromakanan

RMK13 perlu fokus sektor agromakanan

DAP Sabah sokong tindakan SLS, tuntut hak 40% Sabah

DAP Sabah sokong tindakan SLS, tuntut hak 40% Sabah

Teraju Pahang slogan kosong Pas

Teraju Pahang slogan kosong Pas

MSN bukti keberkesanan pendekatan MOSTI pacu minat pelajar pada STI

MSN bukti keberkesanan pendekatan MOSTI pacu minat pelajar pada STI