Lindungi kes buli di sekolah umpama lindungi penjenayah – PMX

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran keras kepada sekolah khususnya guru besar untuk tidak melindungi sebarang kes buli yang berlaku di institusi pendidikan meskipun ia dilihat sebagai remeh.

Beliau menegaskan, tindakan sedemikian ibarat melindungi perbuatan jenayah dan sikap segelintir pentadbir sekolah yang cuba menutup kes buli atas alasan mahu menjaga imej institusi pendidikan masing-masing perlu dihentikan segera.

Menurutnya, antara punca kes buli berlarutan adalah kerana wujudnya salah faham atau keutamaan yang diberikan untuk menjaga imej sekolah melebihi soal keselamatan pelajar.

“Guru besar, ibu, bapa perlu beri kerjasama sepenuhnya. Antara masalahnya ialah salah faham atau keutamaan pentadbir sekolah yang mahu melindungi imej sekolah berbanding keselamatan murid.

“Bila ada kes, mereka simpan, kononnya untuk jaga nama baik sekolah. Tapi kalau dilindungi, itu satu kesalahan, ibarat melindungi jenayah,” katanya kepada media selepas menunaikan solat Jumaat di Surau Jannatul Firdaus, Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM) Seruling, Presint 5, pada Jumaat.

Dalam pada itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan mengakui terdapat kecenderungan sesetengah pihak menganggap kes buli kecil dan tidak perlu diperbesarkan.

Katanya, pihak berkuasa yang terlibat perlu mengambil tindakan segera terhadap kes-kes buli yang tular di media sosial kerana ia berada dalam bidang kuasa yang membolehkan tindakan pantas diambil.

“Buli kecil kalau dibiarkan akan jadi besar. Kita tak menuduh sesiapa tapi ini satu peringatan untuk kesedaran bersama. Jangan kerana nak jaga nama, kita abaikan tanggungjawab.

“Polis boleh bertindak segera. Media sosial pun boleh segera. Ini peringatan kepada pihak sekolah, jangan melindungi. Buli kecil pun jenayah juga,” katanya.

Dalam pada itu, Perdana Menteri juga menyentuh tentang cabaran yang dihadapi oleh guru dalam mendidik khususnya dalam suasana semasa yang menuntut keseimbangan antara ketegasan dan hak asasi.

“Kadang-kadang ada guru lama yang masih tegas tapi kita kena ingat, jangan sampai pukul sampai luka. Tapi untuk menegur atau mendisiplinkan, perlu ada ruang.

“Golongan liberal dan hak asasi kadang keterlaluan, sampai tak boleh langsung. Jadi, kita perlu pelonggaran dengan syarat yang ketat,” katanya.

Related Posts

Tahanan Myanmar melalui saringan ketat sebelum dihantar pulang – KDN

KUALA LUMPUR – Kerajaan memperketatkan proses saringan dan pengesahan terhadap pelarian serta tahanan warganegara Myanmar sebelum mereka dihantar pulang bagi memastikan hanya individu yang disahkan kewarganegaraannya dibawa kembali ke negara…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pengamal media perlu jadi mata dan telinga rakyat, jangan gadai etika demi kejar tontonan

KUALA LUMPUR – Media diseru untuk tidak menggadaikan integriti dan etika kewartawanan semata-mata untuk mengejar kepantasan, jumlah pembaca atau tontonan tinggi. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tahanan Myanmar melalui saringan ketat sebelum dihantar pulang – KDN

Tahanan Myanmar melalui saringan ketat sebelum dihantar pulang – KDN

Empat blok 20 pintu, sebuah rumah musnah dijilat api

  • By Fatin
  • October 6, 2026
Empat blok 20 pintu, sebuah rumah musnah dijilat api

Buruh positif dadah ditahan di tepi Jalan Kubu

Buruh positif dadah ditahan di tepi Jalan Kubu

Baru seminggu jadi ejen judi dalam talian, wanita ditahan di Kabong

Baru seminggu jadi ejen judi dalam talian, wanita ditahan di Kabong

Kadar dadah SG4 jauh melebihi nasional, kerajaan negeri perlu bentang hasil pencegahan

Kadar dadah SG4 jauh melebihi nasional, kerajaan negeri perlu bentang hasil pencegahan

Olise bantu Perancis kalahkan Belgium 4-1

Olise bantu Perancis kalahkan Belgium 4-1