Saya pun tak tahu, kena tanya Pagoh sebab apa saya digantung – Wan Ahmad Fayhsal

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen (PN) Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mengakui tidak mengetahui sebab sebenar beliau digantung keahlian daripada Bersatu.

“Sejujurnya saya pun tak tahu kenapa saya digantung, kena tanya Pagoh (Tan Sri Muhyiddin Yassin) nanti kalau dia masuk.

“Komitmen saya tak berbelah bahagi untuk PN dan rakyat Machang,” katanya ketika sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2026 di Dewan Rakyat, pada Rabu.

Beliau berkata demikian menjawab celahan Ahli Parlimen PH Jelutong, RSN Rayer yang membangkitkan mengenai status keahlian Wan Fayhsal dalam parti selepas Lembaga Disiplin Bersatu menggantung keahliannya selama satu penggal.

Terdahulu, Rayer mempersoalkan keputusan Bersatu menggantung keahlian Wan Fayhsal yang disifatkannya sebagai wakil rakyat muda yang mampu berhujah dengan baik dan berhemah.

“Saya dukacita kenapa kalau kita (Wan Ahmad Fayhsal) dah berhemah dan memberi penghujahan dalam perbahasan, apa sebabnya Yang Berhormat digantung.

“Tiada pun YB (Yang Berhormat) dari Bersatu hadir melihat ucapan (Wan Ahmad Fayhsal di Parlimen hari ini)… saya daripada DAP tetapi (saya hadir dan ) dengar.

“Apakah ada sesuatu yang tak kena, (apabila) seorang Ahli Parlimen yang berbakat dan muda serta dapat memberi nas-nas yang berasas (dikenakan tindakan gantung),” katanya.

Sebelum menamatkan celahan, Rayer sempat berseloroh dengan menjemput Wan Fayhsal menyertai blok kerajaan.

“Kalau ada apa-apa perkembangan dijemput datang ke sebelah sini. Tak adil apa yang berlaku kepada Machang,” katanya sebelum Wan Ahmad Fayhsal mengucapkan terima kasih atas jemputan itu.

Lembaga Disiplin Bersatu, pada Selasa memecat keahlian Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan serta menggantung keahlian Wan Fayhsal selama satu penggal berhubung isu akuan bersumpah (SD) yang dikaitkan dengan usaha mendesak pengunduran presiden parti itu sebelum ini.

Empat lagi pemimpin akar umbi Bersatu yang turut berdepan tindakan pemecatan adalah Mohd Azrudin Md Idris (Hang Tuah Jaya); Mohd Faizal Asmar (Pengerang); Mohd Fadhli Ismail (Ipoh Timur) serta Mohd Isa Mohd Saidi dari Bahagian Ampang.

Kedudukan Wan Saiful dan Wan Ahmad Fayhsal sebagai Ahli Parlimen bagaimanapun tidak terjejas memandangkan pemecatan keahlian dalam mana-mana parti tidak tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan Persekutuan khususnya undang-undang bertukar parti.

Bagaimanapun mereka yang didapati bersalah melanggar disiplin parti dan dijatuhi hukuman itu berhak mengemukakan rayuan kepada Lembaga Rayuan untuk pertimbangan dalam tempoh 14 hari.

Related Posts

Had umur 16 tahun media sosial wajar lindungi remaja dari ancaman siber – Dr Haryati

KOTA KINABALU – Pelaksanaan had umur minimum 16 tahun bagi pendaftaran akaun media sosial merupakan langkah wajar untuk melindungi remaja daripada pelbagai ancaman siber. Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sosial dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis perjelaskan kehadiran anggota di kediaman rasmi Tunku Besar Tampin

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) menegaskan penugasan anggota di sekitar Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin hari ini dilaksanakan bagi menjamin keselamatan orang ramai serta memastikan ketenteraman awam terus terpelihara. Ketua Polis…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

2 tahun terajui LPKP Sabah, Vivian bangga pelbagai pembaharuan berjaya dilaksana

2 tahun terajui LPKP Sabah, Vivian bangga pelbagai pembaharuan berjaya dilaksana

Mengenali, memahami keistimewaan surah Al-Mulk

Mengenali, memahami keistimewaan surah Al-Mulk

Ops Tiris 4.0: Kegiatan seleweng diesel tumpas

Ops Tiris 4.0: Kegiatan seleweng diesel tumpas

Projek naik taraf Tamu Donggongon, Kepayan Square, manfaat besar untuk komuniti Penampang

Projek naik taraf Tamu Donggongon, Kepayan Square, manfaat besar untuk komuniti Penampang

UNIMAP wakili Malaysia dalam projek penyelidikan Kesatuan Eropah

UNIMAP wakili Malaysia dalam projek penyelidikan Kesatuan Eropah

Had umur 16 tahun media sosial wajar lindungi remaja dari ancaman siber – Dr Haryati

Had umur 16 tahun media sosial wajar lindungi remaja dari ancaman siber – Dr Haryati