Lebih 1,000 rumah anggota RELA dibaik pulih

KUNAK – Lebih 1,000 buah rumah anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) di seluruh negara berjaya dibaik pulih sejak 2022.

Ketua Pengarahnya, Datuk KPjR Yahya Sulaiman berkata, inisiatif ini merupakan komitmen RELA yang mahu kebajikan anggotanya terus terpelihara terutama mereka yang berada dalam kalangan B40.

“Terima kasih pada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kunak, Datuk Norazlinah Arif atas bantuan ini yang kita sasar setiap tahun.

“Tahun lepas 15 rumah anggota dibaik pulih dan tahun ini 45 buah rumah.

“Bukan saja Kunak (Sabah), Kelantan, Perak, seluruh negara lebih 1,000 rumah berjaya dibaik dan ini melebihi sasaran kami di RELA iaitu sasaran dua rumah setiap daerah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media dalam Program Gotong-Royong Baik Pulih Rumah dan Majlis Penyerahan Peralatan Baik Pulih Rumah Anggota RELA kepada Pejabat RELA Kunak, pada Jumaat.

Menurut Yahya lebih 81,000 anggota RELA seluruh negara telah diprofil dan dikenal pasti dan Jabatan itu menyasarkan seramai 100 ribu anggota untuk diprofilkan tahun ini.

Sementara itu Norazlinah berkata, sebagai wakil rakyat inisiatif menggunakan peruntukan ADUN itu dibuat sebagai tanda menghargai perjuangan dan komitmen anggota RELA dalam menjalankan perkhidmatan mereka sepanjang masa.

“Setinggi-tinggi terima kasih pada RELA Kunak dan Malaysia amnya kerana berkhidmat dengan penuh pengorbanan tanpa mengira waktu, keselamatan dan kesihatan demi kesejahteraan masyarakat terjaga.

“Saya sangat terhutang budi kerana mereka ini wira yg perlu kita perjuang dan angkat dan mereka sebaris dengan agensi keselamatan kita yang lain,” tambahnya.

Jelas Norazlinah, antara barangan baik pulih dan keperluan RELA dengan kos lebih RM70 ribu termasuklah zink, ‘plywood’ dan kanopi yang digunakan RELA untuk sebarang program bersifat kemasyarakatan.

Related Posts

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

SANDAKAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan segera termasuk tambahan dengan keseluruhan sebanyak RM1,500 daripada Kerajaan Persekutuan kepada 300 keluarga terlibat kebakaran di Kampung (Kg) Bahagia, di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tidak komited kepada parti, 15 AJK letak jawatan – Noor Amin

KANGAR – Seramai 15 ahli jawatankuasa (AJK) PKR Cabang Kangar meletakkan jawatan selepas didapati tidak komited dalam menghadiri mesyuarat parti. Ketua PKR Cabang Kangar, Noor Amin Ahmad berkata, tindakan itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

Tidak komited kepada parti, 15 AJK letak jawatan – Noor Amin

Tidak komited kepada parti, 15 AJK letak jawatan – Noor Amin

Keutamaan bantuan pada warganegara, prinsip kemanusiaan tetap dipelihara – PMX

Keutamaan bantuan pada warganegara, prinsip kemanusiaan tetap dipelihara – PMX

Tinjau kemudahan sekolah di Pujut, fokus penambahbaikan RTP 2026

Tinjau kemudahan sekolah di Pujut, fokus penambahbaikan RTP 2026

Polis Padang Besar lancar ‘task force’ pantau stesen minyak sempadan

Polis Padang Besar lancar ‘task force’ pantau stesen minyak sempadan

Isu zakat Perlis tiada kaitan Jabatan Mufti

Isu zakat Perlis tiada kaitan Jabatan Mufti