SUKMA: Atlet kelahiran Sarawak menang pingat perak, gangsa untuk Perak

KUCHING – Biarpun masih berusia 12 tahun dan 13 tahun, siapa sangka mereka terpilih untuk mewakili Perak bagi acara sukan terjun pada Sukan Malaysia (SUKMA) XXI 2024.

Malah ramai juga yang tidak mengetahui mereka merupakan atlet kelahiran Sarawak yang dipinjamkan kepada negeri lain bagi melengkapkan acara sukan terjun dalam SUKMA kali ini.

“Walaupun kami dipinjamkan kepada negeri Perak, kami tetap mengalas tanggungjawab sebagai atlet seperti rakan atlet yang lain. Bagi saya, ini peluang untuk saya menambah pengalaman dan juga belajar sesuatu yang baharu”, kata Cecelia Olivia Christopher, atlet kelahiran Bau Sarawak itu.

Sementara itu, rakan seiramanya, Siti Nurul Jannah Malik juga turut menjadikan pengalaman ini sebagai pengalaman yang banyak membantu beliau dalam memperbaiki kelemahan dan kemahiran yang sedia ada.

“Ini merupakan pertama kali kami masuk SUKMA. Kami tidak menaruh harapan yang tinggi kerana kami tahu rakan-rakan atlet yang lain sangat hebat dan jauh lebih berpengalaman terutama pasukan Sarawak. Namun, kami tetap mencuba dan alhamdulillah, rezeki kami untuk dapat pingat perak dan gangsa”, ujar beliau setelah selesai sesi penyampaian hadiah.

Apabila ditanya mengenai persiapan untuk SUKMA kali ini, kedua-duanya menyatakan mereka berkampung di Ipoh, Perak selama sebulan demi mencapai matlamat acara seirama.

Tambah mereka lagi, mereka sangat bersyukur kerana diberi kepercayaan dan peluang oleh Sarawak untuk mewakili Perak.

“Kami jadikan peluang ini sebagai satu pengalaman yang beharga kerana diberikan kepercayaan oleh kedua-dua pihak. Terima kasih kepada jurulatih kami, Gracie Junita dan rakan pasukan yang lain. Tak lupa juga bagi jurulatih Sarawak, Shi Yang, Rosatimah dan juga yang lain kerana berusaha dalam membantu kami sehingga ke tahap ini”, ujar mereka mengakhiri temu bual.

Kedua-dua atlet tersebut telah memenangi acara bagi 10 meter platfrom seirama wanita pingat perak dan 3 meter papan anjal seirama wanita pingat gangsa.

Related Posts

Arsenal, United tutup tirai EPL dengan kemenangan

ARSENAL menutup tirai musim penuh gemilang dengan melakar kemenangan 2-1 ke atas Crystal Palace di Selhurst Park sebelum menjulang trofi Liga Perdana Inggeris (EPL) secara rasmi buat kali pertama dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kelantan Red Warriors layak ke Liga Super musim depan

KOTA BHARU – Kelantan Red Warriors FC (KRW FC) menutup saingan Liga A1 Semi Pro musim ini di tangga keempat liga selepas mencatat kemenangan 2-1 ke atas Bunga Raya FC…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

BDR jimat subsidi petrol RON95 lebih RM4.22 juta

BDR jimat subsidi petrol RON95 lebih RM4.22 juta

200,000 benih udang galah dilepaskan di Sungai Temburong

200,000 benih udang galah dilepaskan di Sungai Temburong

Buruh asing edar syabu dalam pondok ditahan polis

Buruh asing edar syabu dalam pondok ditahan polis

876 penduduk DUN Kabong ceria terima bakul makanan sempena Gawai

876 penduduk DUN Kabong ceria terima bakul makanan sempena Gawai

Rafizi kelompok ‘hanya dia yang betul’, pengunduran beri kelebihan kestabilan dalaman PKR

Rafizi kelompok ‘hanya dia yang betul’, pengunduran beri kelebihan kestabilan dalaman PKR

ATM laksana latihan ketenteraan secara tersusun, lalui proses pihak terlibat – MKN

ATM laksana latihan ketenteraan secara tersusun, lalui proses pihak terlibat – MKN