PRN17 Sabah: Shahelmey, Andi perlu buktikan kekuatan tanpa pengaruh BN – Bung

KOTA KINABALU – Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) bakal menjadi medan sebenar untuk menguji kekuatan Datuk Shahelmey Yahya dan Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy tanpa bergantung kepada pengaruh Barisan Nasional (BN).

Pengerusi BN Sabah, Datuk Bung Moktar Radin berkata, sudah tiba masanya kedua-dua pemimpin berkenaan membuktikan keberanian mereka tanpa berlindung di sebalik bendera parti yang pernah menaikkan mereka.

“Kalau betul mahu bertanding, pucuk dicita ulam mendatang. Mari kita lihat sejauh mana kamu berdua benar-benar kuat tanpa bendera BN.

“Buktikan bahawa kemenangan kamu dalam PRN16 dan PRU15 bukan kerana jentera, pengundi, dan pengaruh BN, tetapi kerana diri kamu sendiri.

“Jangan lagi berselindung di sebalik jasa parti yang kamu tikam dari belakang,” katanya dalam kenyataan media pada Ahad.

Bung Moktar berkata, rakyat Sabah kini semakin matang dan mampu menilai siapa yang benar-benar berpegang kepada prinsip perjuangan serta siapa yang mengorbankan kesetiaan demi kedudukan dan kuasa.

“Kamu berdua kini menjadi simbol politik tanpa pendirian, pemimpin yang sanggup menikam sahabat sendiri demi kepentingan sementara.

“UMNO dan BN tidak lupa. Kami telah bersedia sepenuhnya untuk berdepan kamu dalam PRN17 bukan sekadar untuk menang, tetapi untuk menamatkan legasi pengkhianatan yang mencemar maruah politik Sabah,” katanya.

Beliau berkata, jentera dan penyokong BN kini berada dalam semangat baharu untuk menebus kepercayaan rakyat dan mengembalikan kekuatan parti di peringkat negeri.

“Kami yakin penyokong BN kini lebih bersemangat daripada sebelumnya dan bersatu untuk menjatuhkan dua watak yang tidak mengenal makna kesetiaan, maruah dan perjuangan,” ujarnya.

Dalam pada itu, Bung Moktar turut menyeru pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Keramat dan Tanjung Batu agar menghantar mesej jelas dalam PRN kali ini.

“Kamu yang pernah menaikkan mereka, kamu jugalah yang berhak menjatuhkan dua pemimpin yang mengkhianati amanah rakyat dan perjuangan BN,” tambahnya.

Related Posts

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

IPOH – Pemuda Parti Amanah Perak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneliti sumber kekayaan yang dikaitkan dengan anak-anak bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berangkat ke New Delhi, India malam ini bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18, selepas selesai lawatan kerja beliau di Sabah.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan