Angkara ubah suai rumah, wanita gigit hidung jiran tak tahan bunyi bising

MELAKA – Gara-gara tidak tahan dengan bunyi bising kerja-kerja pengubahsuaian dilakukan di rumah jirannya, seorang wanita didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan menggigit hidung penghuni kediaman itu, Januari lalu.

Tertuduh, Adrienne Liew Siew Wern, 37, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Nor Syaliati Mohd. Sobri.

Mengikut pertuduhan, tertuduh dengan sengaja menyebabkan cedera kepada jiran lelakinya, Lau Siong Ping, 40, kira-kira pukul 6 petang di sebuah rumah di Taman Bunga Raya Bukit Beruang, dalam daerah Melaka Tengah pada 19 Januari 2024.

Sabit kesalahan tertuduh yang masih bujang boleh dikenakan hukuman penjara satu tahun atau denda sehingga RM2,000 atau dengan kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Difahamkan, sebelum kejadian telah berlaku pertengkaran antara tertuduh dengan mangsa berkaitan bunyi bising dengan kerja-kerja pengubahsuaian yang dilakukan di rumah jirannya itu.

Dia yang tidak berpuas hati bagaimanapun tiba-tiba bertindak menyerang mangsa dengan menggigit hidungnya.

Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Fiqri Hakim Zamri mencadangkan jaminan sebanyak RM8,000 dikenakan terhadap tertuduh.

Peguam Cassian Anthony yang mewakili tertuduh bagaimanapun merayu jaminan rendah diberikan dengan alasan anak guamnnya perlu menanggung ibu yang menghidap kanser otak dan hanya bekerja sebagai pembantu di sebuah farmasi.

Selepas mendengar hujah kedua belah pihak, mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM4,000 dan menetapkan tarikh 26 September depan sebagai sebutan semula kes dan serahan dokumen.

Related Posts

PPWS terus perkasa wanita, pacu potensi dan kepimpinan masyarakat Sarawak

LIMBANG – Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS) disaran terus memperkukuh peranan sebagai platform memperkasa wanita dalam pelbagai bidang. Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Hasbi Habibollah berkata, PPWS perlu memberi penekanan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sindiket sedia ‘call gateway’ bantu scam luar negara tumpas, tiga lelaki ditahan

IPOH – Tiga lelaki tempatan ditahan selepas polis membongkar sindiket yang dipercayai menyediakan rangkaian komunikasi sebagai ‘call gateway’ bagi membantu kegiatan penipuan dalam talian yang dipercayai dikendalikan dari luar negara.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan akan bentang RUU entiti milik kerajaan dalam tempoh terdekat 

Kerajaan akan bentang RUU entiti milik kerajaan dalam tempoh terdekat 

AUKU akan dimansuh sepenuhnya, tidak dipinda

AUKU akan dimansuh sepenuhnya, tidak dipinda

Tiada mana-mana individu, anggota lebih besar dari PKR

Tiada mana-mana individu, anggota lebih besar dari PKR

Jangan terperangkap ‘peluru’ identiti, perkauman

Jangan terperangkap ‘peluru’ identiti, perkauman

Teruskan agenda reformasi, jangan mudah terpengaruh naratif lawan – Nurul Izzah

Teruskan agenda reformasi, jangan mudah terpengaruh naratif lawan – Nurul Izzah

Dasar gaji progresif perlu terus diperkasa demi kesejahteraan rakyat – Nurul Izzah

Dasar gaji progresif perlu terus diperkasa demi kesejahteraan rakyat – Nurul Izzah