SARA bukti keprihatinan Kerajaan MADANI ringankan beban rakyat

KUCHING – Rakyat menyambut baik pengumuman Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di bawah Belanjawan 2026 yang disifatkan sebagai bukti keprihatinan kerajaan MADANI terhadap peningkatan kos sara hidup rakyat.

Bagi Awang Amirul Shafiq, 32, langkah kerajaan memperkenalkan pemberian SARA sebanyak RM100 secara one-off kepada semua rakyat dewasa berumur 18 tahun ke atas menunjukkan komitmen serius kerajaan dalam membantu meringankan beban rakyat.

“Langkah ini bukan sahaja membantu rakyat menampung perbelanjaan harian, malah memperkukuh semangat keadilan dan kesejahteraan dalam negara. Saya ucapkan tahniah dan penghargaan kepada kerajaan MADANI serta semua pihak yang menjayakan dasar ini,” katanya.

Menurutnya, bantuan tersebut perlu dimanfaatkan dengan sebaiknya untuk keperluan asas seperti makanan dan barangan penting agar manfaatnya benar-benar dirasai oleh semua lapisan rakyat.

“Pengumuman ini menunjukkan suara rakyat didengar dan setiap individu dianggap penting dalam pembentukan dasar negara. Namun, semua pihak termasuk kerajaan, masyarakat dan rakyat sendiri perlu bekerjasama supaya dasar seperti SARA benar-benar memberi impak positif dalam kehidupan seharian,” ujarnya.

Pesara hargai keprihatinan kerajaan MADANI

Sementara itu, Mohamad Azhar Marsal, 60, pesara swasta, turut menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan MADANI atas keprihatinan terhadap golongan pesara dan warga emas melalui inisiatif SARA dan Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

“Saya berterima kasih kepada kerajaan atas bantuan SARA dan STR yang banyak membantu meringankan beban kami sebagai pesara. Ia membuktikan kerajaan benar-benar mendengar suara rakyat seperti kami,” katanya.

Menurutnya, bantuan seumpama itu amat penting kerana golongan pesara berdepan cabaran kos sara hidup yang semakin meningkat dan kebanyakan mereka tidak lagi mempunyai sumber pendapatan tetap.

“Semoga kebajikan ini dapat diteruskan pada masa hadapan supaya rakyat berpendapatan rendah dan pesara terus menikmati kesejahteraan di bawah Kerajaan MADANI,” ujarnya.

Related Posts

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy

ALOR SETAR — Polemik berkaitan penganjuran festival berunsur air kembali mencetuskan perdebatan apabila kenyataan Exco Kerajaan Negeri Kedah, Dr Haim Hilman Abdullah mengenai Festival Muzik Air mendapat kritikan balas daripada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Rujuk prinsip nilai, adab dalam penganjuran acara berunsur hiburan

KUANTAN – Setiap penganjuran program perlu merujuk kepada prinsip yang jelas tanpa mengetepikan nilai dan adab. Selain itu, sebarang kelulusan pula sepatutnya mengambil kira sensitiviti agama dan penerimaan masyarakat setempat.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy

RM710 juta diperuntuk di bawah PACE, fokus daya tahan tenaga kerja

RM710 juta diperuntuk di bawah PACE, fokus daya tahan tenaga kerja

PMX akan hubungi pemimpin luar, usaha bebaskan 10 rakyat Malaysia ditahan Zionis

PMX akan hubungi pemimpin luar, usaha bebaskan 10 rakyat Malaysia ditahan Zionis

Rujuk prinsip nilai, adab dalam penganjuran acara berunsur hiburan

Rujuk prinsip nilai, adab dalam penganjuran acara berunsur hiburan

Nasib aktivis GSF 2.0 belum diketahui – SNCC

Nasib aktivis GSF 2.0 belum diketahui – SNCC

Kesesakan Pulai: Johor laksana pelan menyeluruh, gembleng tindakan segera hingga jangka panjang

Kesesakan Pulai: Johor laksana pelan menyeluruh, gembleng tindakan segera hingga jangka panjang