Rakyat Sarawak lega penyasaran subsidi bantu kurangkan tekanan hidup

KUCHING – Langkah kerajaan melaksanakan penyasaran subsidi serta meneruskan bantuan tunai seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) disambut baik rakyat yang menganggapnya sebagai bukti keprihatinan Kerajaan MADANI terhadap cabaran kos sara hidup semasa.

Bagi Shellowria Johnson, 30, pekerja swasta, penyasaran semula subsidi merupakan langkah wajar yang membantu meringankan beban rakyat, khususnya golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

“Apabila subsidi disasar semula dan bantuan seperti STR serta SARA diteruskan, kami berasa lega kerana kerajaan masih mengambil berat tentang keadaan rakyat,” katanya.

Menurutnya, bantuan tunai yang diterima sangat membantu dalam mengurus perbelanjaan bulanan, termasuk keperluan dapur dan bil rumah.

“Ada juga sedikit lebihan yang dapat disimpan untuk kegunaan lain apabila diperlukan. Langkah ini amat bermakna kerana tidak semua mampu menghadapi peningkatan kos sara hidup,” ujarnya.

Menurutnya, tindakan kerajaan mengekalkan bantuan kepada golongan sasar membuktikan suara rakyat terus didengar dan kebajikan mereka kekal menjadi keutamaan.

Bantuan langsung bantu isi rumah urus kos perbelanjaan

Sementara itu, Nuraniza Sepawi, 31, turut menzahirkan rasa syukur dan terima kasih atas komitmen kerajaan menyalurkan semula penjimatan subsidi kepada rakyat menerusi bantuan tunai yang bersasar.

“Usaha kerajaan menyalurkan semula penjimatan subsidi minyak dan elektrik melalui program seperti STR dan SARA benar-benar memberi manfaat kepada golongan bekerja dan berkeluarga seperti saya,” katanya.

Menurutnya, bantuan yang diterima bukan sahaja meringankan beban harian, tetapi juga membantu membuat persediaan awal menjelang sambutan Hari Raya 2026.

“Dalam keadaan harga barangan yang meningkat, bantuan ini sangat membantu. Malah, pelaksanaan penyasaran subsidi minyak juga memberi kesan positif kerana kos pengisian minyak kini lebih terkawal dan tidak seberat dahulu,” ujarnya.

Dia berharap dasar sebegini akan diteruskan kerana ia memberi manfaat langsung kepada rakyat dan menunjukkan kesungguhan kerajaan dalam memastikan kebajikan semua golongan terus terpelihara.

Related Posts

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy

ALOR SETAR — Polemik berkaitan penganjuran festival berunsur air kembali mencetuskan perdebatan apabila kenyataan Exco Kerajaan Negeri Kedah, Dr Haim Hilman Abdullah mengenai Festival Muzik Air mendapat kritikan balas daripada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Rujuk prinsip nilai, adab dalam penganjuran acara berunsur hiburan

KUANTAN – Setiap penganjuran program perlu merujuk kepada prinsip yang jelas tanpa mengetepikan nilai dan adab. Selain itu, sebarang kelulusan pula sepatutnya mengambil kira sensitiviti agama dan penerimaan masyarakat setempat.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy

RM710 juta diperuntuk di bawah PACE, fokus daya tahan tenaga kerja

RM710 juta diperuntuk di bawah PACE, fokus daya tahan tenaga kerja

PMX akan hubungi pemimpin luar, usaha bebaskan 10 rakyat Malaysia ditahan Zionis

PMX akan hubungi pemimpin luar, usaha bebaskan 10 rakyat Malaysia ditahan Zionis

Rujuk prinsip nilai, adab dalam penganjuran acara berunsur hiburan

Rujuk prinsip nilai, adab dalam penganjuran acara berunsur hiburan

Nasib aktivis GSF 2.0 belum diketahui – SNCC

Nasib aktivis GSF 2.0 belum diketahui – SNCC

Kesesakan Pulai: Johor laksana pelan menyeluruh, gembleng tindakan segera hingga jangka panjang

Kesesakan Pulai: Johor laksana pelan menyeluruh, gembleng tindakan segera hingga jangka panjang