Kestabilan, pembangunan fokus utama BN Sabah dalam PRN17 – Suhaimi

SANDAKAN – Barisan Nasional (BN) Sabah bersedia menghadapi Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) Sabah dengan penuh keyakinan, pengalaman dan iltizam yang kukuh bagi memastikan kestabilan dan pembangunan negeri terus terjamin.

Ketua Penerangan BN Sabah merangkap Ahli Parlimen Libaran, Datuk Suhaimi Nasir berkata, kestabilan bukan sekadar slogan, tetapi asas utama bagi memastikan pembangunan negeri dapat diteruskan secara tersusun dan berterusan.

Menurutnya, BN Sabah mengambil maklum pengumuman pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) yang membuka ruang kepada rakyat Sabah untuk menunaikan tanggungjawab demokrasi dalam menentukan masa depan negeri.

“Rakyat memerlukan kerajaan yang tenang ketika krisis, tegas ketika diuji dan sentiasa bekerja demi kepentingan rakyat, bukan kepentingan politik,” katanya dalam kenyataan media, pada Isnin.

Beliau berkata, persiapan BN Sabah telah lama digerakkan dengan jentera di semua kawasan DUN disusun rapi, data akar umbi diperkuat, serta strategi komunikasi diperhalus bagi memastikan setiap isu rakyat diangkat dan ditangani secara berkesan.

Katanya, BN Sabah kekal fokus terhadap tiga keutamaan utama iaitu mengembalikan kestabilan dan keyakinan terhadap pentadbiran negeri, memperkukuh hubungan Persekutuan – Negeri agar suara Sabah dihormati dan menjana ekonomi rakyat melalui pembangunan luar bandar, peluang pekerjaan dan infrastruktur asas.

“BN bukan parti yang hanya muncul ketika pilihan raya.

“Sejak dahulu, BN telah membina asas kemajuan Sabah daripada sekolah dan jalan kampung hinggalah ke universiti serta pelabuhan,” jelasnya.

Tambah Suhaimi, selepas tempoh ketidaktentuan, BN Sabah tampil dengan tekad untuk memulihkan keyakinan rakyat dan mengembalikan hala tuju pembangunan negeri.

“Rakyat Sabah tidak memerlukan janji baharu, tetapi kepimpinan berpengalaman yang tahu bekerja, tahu memimpin dan memahami denyut nadi rakyat.

“BN Sabah tidak menjanjikan bulan dan bintang, sebaliknya menjanjikan kestabilan, kerja keras dan hala tuju yang jelas,” ujarnya.

Beliau menambah, BN Sabah kekal berpegang kepada prinsip kestabilan, perpaduan dan pembangunan menyeluruh bagi membawa negeri itu ke arah masa depan yang lebih makmur.

“Inilah masanya untuk Sabah bangkit semula dengan kepimpinan yang tahu apa yang perlu dilakukan serta mempunyai kekuatan dan keikhlasan untuk melaksanakannya,” katanya.

Related Posts

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

PUTATAN – Keperluan fasiliti sukan, dana program belia, kos sara hidup dan peluang pekerjaan antara isu utama disuarakan golongan belia Sabah untuk dipertimbangkan dalam Belanjawan Belia MADANI 2027. Timbalan Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis buru suspek curi Hilux di Perumahan Bukit Ubi

KUANTAN – Polis sedang mengesan seorang lelaki disyaki mencuri sebuah Toyota Hilux berwarna putih di Lorong Bukit Ubi 59, Perumahan Bukit Ubi di sini, petang kelmarin. Kenderaan itu dilaporkan hilang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik