Darah pada helaian kertas sepadan DNA Zara Qairina – Ahli kimia

KOTA KINABALU – Kesan darah yang ditemui pada beberapa helaian kertas yang merupakan ekshibit dalam prosiding inkues adalah sepadan dengan asid deoksiribonukleik (DNA) Zara Qairina Mahathir.

Perkara itu dimaklumkan oleh Ahli Kimia Jabatan Kimia Malaysia, Nor Aidora Saedon ketika diminta memberi keterangan pada inkues hari ke-18 di Mahkamah Koroner, di sini pada Selasa.

Jelasnya, daripada pemeriksaan awal, beberapa item seperti kertas bertanda ‘WK15(3)(a)’, ‘WK15(8)(a)’, ‘WK15(9)(a)’, serta kertas ‘Y8’ dan ‘Y1’ menunjukkan kesan kehadiran darah.

“Satu profil DNA perempuan telah diperoleh daripada kesan darah pada kertas ‘WK15(9)(a)’, ‘Y8’ kawasan ‘Y8(ii)’, ‘Y8(iii)”, ‘Y8(iv)”, ‘Y8(v)’, ‘Y8(vi)’dan ‘Y8(vii)’ dan ‘Y1’ kawasan ‘Y1(i)’ dan ‘Y1(ii)’ serta kesan DNA surih pada buku ‘WK13’ yang berpadanan antara satu sama lain dan berpadanan dengan profil DNA yang didapati daripada spesimen tulang ‘WK37’ berlabel Zara Qairina binti Mahathir.

“Ini menunjukkan bahawa DNA yang dikenal pasti berasal daripada individu yang sama,” ujarnya.

Katanya, beberapa profil DNA campuran juga ditemui pada buku, pakaian dan barang peribadi yang lain, namun majoriti sampel menunjukkan Zara Qairina sebagai penyumbang utama (major contributor) kepada kesan DNA tersebut.

Beliau turut berkata bahawa tiada DNA asing dikesan pada sampel putik kapas dan kuku yang berlabel nama mangsa.

“Kesemua proses analisis dijalankan mengikut prosedur antarabangsa melibatkan teknik Polymerase Chain Reaction (PCR) pada 21 lokus genetik,” katanya.

Pada prosiding inkues pada Selasa, saksi turut membuat pengecaman bagi penandaan kepada 37 barang yang dijadikan bahan ekshibit antaranya baju-T, seluar panjang, buku latihan, selimut, anak tudung, dompet dan selipar.

Dalam bidang tugas, beliau biasanya menjalankan analisis DNA ke atas bahan bukti biologi bagi kes-kes forensik seperti pembunuhan, rogol, paterniti, pergaduhan, dadah, culik, rompak dan pecah rumah.

Nor Aidora juga sebelum ini sudah banyak kali memberi keterangan di Mahkamah Tinggi, Mahkamah Sesyen, Mahkamah Majistret dan Mahkamah Syariah.

Related Posts

Anwar tekankan kepentingan teknologi, nilai kemanusiaan dan tolak politik perpecahan

BATU PAHAT – Perdana Menteri merangkap Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kepentingan penguasaan teknologi, pengukuhan nilai kemanusiaan serta penolakan terhadap politik perpecahan kaum dan agama ketika menyampaikan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pembahagian kerusi PH Johor selesai, tunggu lampu hijau Anwar

BATU PAHAT – Rundingan pembahagian kerusi antara parti komponen Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor telah dimuktamadkan dan kini hanya menunggu persetujuan rasmi daripada Pengerusi PH,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar tekankan kepentingan teknologi, nilai kemanusiaan dan tolak politik perpecahan

Anwar tekankan kepentingan teknologi, nilai kemanusiaan dan tolak politik perpecahan

Pembahagian kerusi PH Johor selesai, tunggu lampu hijau Anwar

Pembahagian kerusi PH Johor selesai, tunggu lampu hijau Anwar

Aminuddin kecewa dikhianati hingga DUN Negeri Sembilan dibubar

Aminuddin kecewa dikhianati hingga DUN Negeri Sembilan dibubar

Bantuan Kerajaan Persekutuan bukti komitmen PH bela kebajikan rakyat Johor – Aminolhuda

Bantuan Kerajaan Persekutuan bukti komitmen PH bela kebajikan rakyat Johor – Aminolhuda

Penolakan tawaran SUA MB Perlis buka ruang pelbagai tafsiran hubungan Pas-Bersatu

Penolakan tawaran SUA MB Perlis buka ruang pelbagai tafsiran hubungan Pas-Bersatu

RM90 juta untuk PRN Johor lebih baik disalur kepada rakyat – Dr Zaliha

RM90 juta untuk PRN Johor lebih baik disalur kepada rakyat – Dr Zaliha