Polis Pahang tumpas sindiket ‘fly by night’

MARAN – Polis Pahang berjaya menumpaskan sindiket ‘Fly By Night’ yang terbabit dalam lapan kes penipuan pembelian alat ganti kereta dan jentera berat di negeri ini, Selangor, Perak dan Sarawak, membabitkan kerugian keseluruhan RM273,676.70.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Pahang melancarkan operasi khas di Cheras dan Semenyih, Selangor pada 29 September lalu selepas menerima laporan pertama pada 25 September.

Menurutnya, sindiket itu aktif sejak tiga bulan lalu dan melakukan penipuan bermula Jun hingga September, dengan menyasarkan premis yang menjual peralatan.

“Tiga kes penipuan dikesan berlaku di negeri ini, iaitu di Maran, Jerantut dan Bentong.

“Dua suspek pertama iaitu seorang lelaki warga Pakistan berusia 34 tahun dan lelaki tempatan berumur 52 tahun telah ditahan, sebelum empat lagi termasuk seorang wanita berusia 41 tahun diberkas dalam operasi susulan di Kajang, Selangor dan Kuching, Sarawak,” katanya, lapor Sinar Harian.

Tambahnya, sindiket itu menggunakan modus operandi dengan memesan barang melalui aplikasi WhatsApp sebelum menghantar slip bayaran palsu (IBG/GIRO) kepada pengusaha kedai alat ganti dan bengkel.

“Mangsa kemudian menyerahkan barang melalui perkhidmatan syarikat penghantaran dan hanya menyedari ditipu selepas mendapati wang tidak dimasukkan ke dalam akaun.

“Selepas barang diterima, suspek akan menjualnya semula kepada pembeli lain,” katanya lagi.

Menurutnya, dalang utama sindiket dikenali sebagai ‘Lee’ atau ‘Wilson’ yang bertindak sebagai orang tengah masih diburu polis.

Susulan tangkapan itu, polis turut merampas pelbagai barangan yang dipercayai hasil kegiatan sindiket bernilai lebih RM100,000, termasuk komponen jentera berat, minyak enjin pelbagai jenama, bateri kereta, telefon bimbit dan cop getah syarikat palsu.

Jelasnya, beberapa suspek memiliki rekod jenayah lampau berkaitan jenayah dan dadah.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 402 Kanun Keseksaan dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengesan baki barang kes serta memburu dalang utama,” ujarnya.

Related Posts

PRN Johor penentu kebangkitan BN, Zahid yakin ‘Gelombang Biru’ kembali warnai negara

ISKANDAR PUTERI – Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor disifatkan sebagai medan penting untuk membuktikan kekuatan dan kebangkitan semula Barisan Nasional (BN), sekali gus memberi isyarat bahawa “gelombang biru” berpotensi kembali…

Lebih lanjut

teruskan membaca
SMK Saribas ungguli Perarakan Gawai Dayak Betong 2026

BETONG – Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Saribas muncul juara keseluruhan Perarakan Gawai Dayak Peringkat Bahagian Betong 2026 yang berlangsung meriah di Dewan Panglima Rentap pada Sabtu. Kemenangan itu membolehkan sekolah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRN Johor penentu kebangkitan BN, Zahid yakin ‘Gelombang Biru’ kembali warnai negara

PRN Johor penentu kebangkitan BN, Zahid yakin ‘Gelombang Biru’ kembali warnai negara

SMK Saribas ungguli Perarakan Gawai Dayak Betong 2026

SMK Saribas ungguli Perarakan Gawai Dayak Betong 2026

Banjaran Nakawan aset strategik negara, bukan sekadar hutan – Raja Perlis

Banjaran Nakawan aset strategik negara, bukan sekadar hutan – Raja Perlis

Semua universiti termasuk IPTS perlu ada jabatan AI – PM

Semua universiti termasuk IPTS perlu ada jabatan AI – PM

‎Ruji Ubi dilantik Setiausaha PH Sabah dalam penstrukturan semula kepimpinan

‎Ruji Ubi dilantik Setiausaha PH Sabah dalam penstrukturan semula kepimpinan

Pengunduran Marina tidak jejaskan sokongan Melayu kepada DAP

Pengunduran Marina tidak jejaskan sokongan Melayu kepada DAP