Fiesta Rakan Muda tonjol bakat dan potensi belia IKBN Kemasik

KEMASIK – Fiesta Rakan Muda Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kemasik menyerlahkan bakat dan potensi generasi muda melalui pelbagai aktiviti seni, kepimpinan dan pengurusan acara.

Program yang menjadi platform memperkasa agenda pembangunan belia itu turut menampilkan penglibatan aktif pelajar IKBN Kemasik di bawah inisiatif Sahabat Rakan Muda (SRM) sebagai penganjur bersama.

Majlis penutupan disempurnakan Timbalan Ketua Pengarah Cawangan Rakan Muda, Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Azura Sarbin, yang menzahirkan penghargaan kepada semua peserta atas komitmen mereka menjayakan program berimpak tinggi itu.

Turut hadir, Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar IKBN Kemasik, Rahmat Elli.

Azura berkata, Fiesta Rakan Muda bukan sahaja menjadi pentas untuk memperlihatkan kreativiti dan potensi belia, malah medan terbaik melahirkan generasi muda yang berdaya saing serta memiliki jati diri kukuh.

Antara tarikan utama program ialah persembahan kumpulan Kemasik Acoustic yang memukau hadirin dengan lagu-lagu akustik penuh tenaga dan kreativiti. Kehadiran kumpulan itu menyerlahkan kemampuan anak muda IKBN dalam bidang seni dan hiburan beretika.

Program itu juga memberi peluang kepada peserta menimba pengalaman sebenar dalam pengurusan acara berskala besar, selain mengasah bakat kepimpinan serta kemahiran komunikasi dan organisasi.

KBS berharap penganjuran berterusan seperti ini akan menjadi pemangkin kepada lebih banyak inisiatif pembangunan belia yang inovatif dan berkesan dalam melahirkan generasi masa depan yang kreatif, yakin diri dan patriotik.

Related Posts

Rokok seludup hampir RM37,000 dirampas di Kota Bharu

KOTA BHARU – Sepasang suami isteri ditahan selepas dipercayai terlibat dalam kegiatan menyimpan dan menjual rokok seludup dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Binjai Manis, petang semalam. Pasukan Gerakan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Cubaan seludup 2,400 anak pokok dari Thailand gagal

RANTAU PANJANG – Cubaan seorang lelaki membawa masuk secara haram 2,400 anak pokok pelbagai jenis dari Thailand menggunakan sebuah lori gagal apabila ditahan Pasukan Gerakan Am (PGA) di Jalan Lubok…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rokok seludup hampir RM37,000 dirampas di Kota Bharu

Rokok seludup hampir RM37,000 dirampas di Kota Bharu

Cubaan seludup 2,400 anak pokok dari Thailand gagal

Cubaan seludup 2,400 anak pokok dari Thailand gagal

Sambutan Hari Gawai DUN Kabong meriah, perkukuh perpaduan masyarakat

Sambutan Hari Gawai DUN Kabong meriah, perkukuh perpaduan masyarakat

“Game Is On!” – Anthony Loke isyarat PH sedia hadapi PRN serentak Johor, Negeri Sembilan

“Game Is On!” – Anthony Loke isyarat PH sedia hadapi PRN serentak Johor, Negeri Sembilan

Johor perlukan kestabilan, Malaysia perlukan kesinambungan – Presiden AMANAH

Johor perlukan kestabilan, Malaysia perlukan kesinambungan – Presiden AMANAH

Anwar tekankan kepentingan teknologi, nilai kemanusiaan dan tolak politik perpecahan

Anwar tekankan kepentingan teknologi, nilai kemanusiaan dan tolak politik perpecahan