Projek pembinaan jeti MAWILLA 2 capai 75 peratus, siap Mei 2026 – Khaled

SANDAKAN – Projek pembinaan jeti Markas Wilayah Laut 2 (MAWILLA 2) kini mencapai kemajuan 75 peratus dan dijangka siap sepenuhnya pada 6 Mei 2026.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kemajuan projek tersebut masih mengikut jadual walaupun berdepan beberapa isu teknikal yang sedang ditangani pihak kontraktor dan Jabatan Kerja Raya (JKR).

“Setakat ini, kerja-kerja mencapai 75 peratus dan berjalan mengikut masa.

“Berdasarkan taklimat yang diterima serta jaminan daripada pihak kontraktor dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), saya tidak nampak sebab mengapa projek ini tidak dapat disiapkan pada 6 Mei tahun hadapan,” katanya kepada media selepas melakukan lawatan kerja Menteri Pertahanan ke Jeti MAWILLA 2 Sandakan, di sini pada Isnin.

Menurut beliau, antara cabaran dihadapi termasuk masalah tanah mendap, kekangan ruang kerja serta jumlah bahan binaan yang melebihi jangkaan asal.

“Kawasan ini agak sempit dan memerlukan perancangan tambahan seperti penempatan sementara bagi kerja-kerja tertentu.

“Namun, pihak kontraktor telah melantik konsultan pakar untuk meneliti dan mengatasi isu tersebut,” jelasnya.

Jeti baharu sepanjang 300 meter yang bernilai RM122.9 juta itu bermula pada tahun 2022 dan telah menerima dua kali lanjutan masa extension of time (EOT).

Khaled berkata, Kementerian Pertahanan (MINDEF) serta TLDM akan terus memberi kerjasama bagi memastikan kerja-kerja pembinaan berjalan lancar tanpa penangguhan lagi.

Katanya lagi, pembinaan jeti baharu itu penting bagi memperkukuh kesiapsiagaan pertahanan maritim negara di kawasan strategik meliputi Laut Cina Selatan, Laut Sulu dan Laut Sulawesi.

“Apabila siap nanti, jeti ini akan dapat menampung sehingga 20 kapal TLDM beroperasi di kawasan ini.

“Ini penting bagi memastikan operasi kawalan keselamatan laut dapat dijalankan dengan lebih berkesan, khususnya di perairan timur Sabah,” katanya.

Khaled turut memaklumkan, isu berhubung kelewatan projek itu turut dibangkitkan dalam lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Sabah minggu lalu.

“Perdana Menteri sendiri telah menyatakan bahawa perkara ini akan diberi perhatian agar diselesaikan segera,” ujarnya.

Dalam pada itu, mengulas mengenai suasana politik menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, Khaled menyeru agar semua pihak melaksanakan proses demokrasi dengan penuh tanggungjawab tanpa menjejaskan keselamatan negara.

“Demokrasi perlu dijayakan secara bertanggungjawab.

“Jangan sampai pilihan raya menimbulkan perpecahan atau menjejaskan kedaulatan negara.

“Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sentiasa bersedia menghadapi apa jua keadaan, tetapi tumpuan kami adalah terhadap ancaman dari luar,” katanya.

Beliau turut menekankan bahawa keadaan keselamatan di Sabah kini berada dalam keadaan baik dan tidak memerlukan penglibatan langsung ATM.

“Rakyat Sabah cintakan negeri mereka, tetapi dalam masa sama, peliharalah juga Malaysia.

“Kita tidak mahu kelemahan dalam kestabilan politik menyebabkan musuh luar mengambil kesempatan,” tambahnya.

Related Posts

Harga runcit petrol, diesel tanpa subsidi turun 5 sen seliter

KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel tanpa subsidi masing-masing turun lima sen seliter bagi tempoh 6 hingga 12 Ogos depan. Kementerian Kewangan (MOF), dalam kenyataan hari…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penemuan kedua tulang dalam guni cetus persoalan

KANGAR – Penemuan kedua tulang dipercayai rangka manusia dalam tempoh kira-kira dua minggu di Behor Mali di sini mencetuskan persoalan netizen apabila lokasi baharu itu hanya kira-kira 200 meter dari…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harga runcit petrol, diesel tanpa subsidi turun 5 sen seliter

  • By Aden
  • August 5, 2026
Harga runcit petrol, diesel tanpa subsidi turun 5 sen seliter

Penemuan kedua tulang dalam guni cetus persoalan

Penemuan kedua tulang dalam guni cetus persoalan

Cik Man meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung

Cik Man meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung

Kerajaan percepat proses 15,000 permohonan pekerja asing bantu sektor ekonomi

Kerajaan percepat proses 15,000 permohonan pekerja asing bantu sektor ekonomi

Bangunan warisan Georgetown perlu diaudit secara sistematik demi keselamatan

Bangunan warisan Georgetown perlu diaudit secara sistematik demi keselamatan

Rumah dibeli terbengkalai, suami isteri tanggung sewa dan pinjaman serentak

Rumah dibeli terbengkalai, suami isteri tanggung sewa dan pinjaman serentak