Amorim selamat, United menang di Old Trafford

MANCHESTER United meraih kemenangan selesa 2-0 ke atas Sunderland dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Old Trafford, hasil jaringan Mason Mount dan Benjamin Sesko.

Kemenangan itu sedikit sebanyak meredakan tekanan ke atas pengendali United, Ruben Amorim susulan permulaan hambar pasukan musim ini.

Mount membuka tirai jaringan pada babak pertama menerusi penyudah kemas, sebelum Sesko meledak gol pertamanya di Old Trafford pada minit ke-31 untuk menggandakan kelebihan tuan rumah.

Bruno Fernandes hampir menambah jaringan namun dinafikan aksi cemerlang penjaga gol Sunderland, Robin Roefs.

Pelawat mendapat peluang terbaik untuk merapatkan kedudukan apabila dihadiahkan sepakan penalti sebelum rehat, namun keputusan itu dibatalkan selepas semakan video bantuan pengadil.

Related Posts

City nafi Haaland minat ke Real Madrid

MANCHESTER City menafikan laporan mengaitkan bintang mereka, Erling Haaland, dengan perpindahan ke Real Madrid dan menegaskan bahawa mustahil untuk perpindahan itu berlaku. Haaland terus menjadi antara pemain paling diburu di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hojlund rasmi sertai Napoli

JUARA Serie A, Napoli melengkapkan perpindahan tetap penyerang Denmark, Rasmus Hojlund dari Manchester United dengan nilai 50 juta euro (RM232 juta) selepas aksi cemerlangnya sepanjang tempoh pinjaman musim lalu. Kedua-dua…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai