Wakil rakyat kerajaan jangan melebihi garis merah

KECENDERUNGAN sesetengah wakil rakyat blok kerajaan melakukan kritikan terbuka ke atas kepimpinan negara dan sering cari pasal dengan rakan-rakan seperjuangan perlu dihentikan.

Gesaan ini dibuat kerana tingkah laku sedemikian boleh mengundang kesan negatif kepada keutuhan Kerajaan Perpaduan.

Tanpa perlu disebut nama wakil rakyat tersebut serta parti masing-masing, didapati bahawa kerap tindakan mereka ibarat memberi bola tanggung kepada pihak lawan.

Kritikan melampau ke atas Perdana Menteri dalam isu tertentu oleh seorang ahli Parlimen secara berterusan digunakan sepenuhnya oleh pembangkang untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa kerajaan tidak kompeten.

Hal itu sangat mustajab kepada usaha pembangkang membakar hati rakyat untuk menentang kerajaan.

Pembangkang turut menggunakan sikap ahli Parlimen itu sebagai bukti bahawa Perdana Menteri tidak mempunyai sokongan penuh daripada ahli Parlimen bloknya sendiri.

Tindakan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang kerap cari pasal dengan wakil rakyat lain dalam kerajaan menimbulkan suasana tidak harmoni.

Keadaan itu kerap mengundang perbalahan terbuka sehingga timbul isu hiliran termasuklah hal yang bersifat “tabu!”

Kerana mahu dilihat sebagai pejuang agama dan bangsa oleh sebahagian besar rakyat, wakil rakyat tersebut kerap mengeluarkan kenyataan melampau, keras, dan tajam untuk disesuaikan dengan kehidupan rakyat berbilang bangsa dan agama di negara ini.

Semua itu sebenarnya sangat memualkan bagi rakyat yang rasional.

Percayalah bahawa sikap sedemikian sangat tidak bagus diteruskan.

Ingatlah bahawa anda merupakan ahli Parlimen dan ADUN; ada batas dan garis yang perlu dipatuhi.

Anda bukan rakyat biasa yang segala cakapnya tidak terlalu berpengaruh ke atas individu lain.

Seharusnya anda lebih selektif dalam menguruskan permasalahan ini dan jangan melebihi garis merah itu.

Related Posts

MINDA TOK ABAH: Langkah sepanjang zaman Siti Hajar

ALHAMDULILLAH, umat Islam sekali lagi menyambut Aidiladha. Sebuah perayaan yang bukan sekadar hadir dengan takbir dan ibadah korban, tetapi membawa bersama kisah-kisah agung tentang ketaatan, keikhlasan dan pengorbanan manusia kepada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan MADANI catat rekod terbaik, selesai 9 tuntutan MA63 dalam 3 tahun

SELAMA lebih 60 tahun selepas pembentukan Malaysia, isu MA63 sering dijadikan janji politik setiap kali pilihan raya datang menjengah. Semua yang pernah menduduki kerusi nombor 1 di Putrajaya bercakap tentang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Agong terima menghadap, santap sarapan bersama Perdana Menteri

Agong terima menghadap, santap sarapan bersama Perdana Menteri

Tiada campur tangan pihak luar hentikan filem Konspirasi

Tiada campur tangan pihak luar hentikan filem Konspirasi

Hayati nilai luhur, kasih sayang dalam hidup bermasyarakat

Hayati nilai luhur, kasih sayang dalam hidup bermasyarakat

Marina Ibrahim umum undur diri daripada politik, mahu kembali berkhidmat di lapangan

Marina Ibrahim umum undur diri daripada politik, mahu kembali berkhidmat di lapangan

Lebih 500 ahli UMNO sertai program Gerakan Setia UMNO Jerantut

Lebih 500 ahli UMNO sertai program Gerakan Setia UMNO Jerantut

Keteguhan perpaduan, kebersamaan teras utama maju bersama – Hajiji

Keteguhan perpaduan, kebersamaan teras utama maju bersama – Hajiji