Flotila kemanusiaan disekat, aktivis termasuk rakyat Malaysia akan dihantar pulang

BAITULMAQDIS – Tentera laut Israel telah memintas flotila kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) yang dalam perjalanan ke Gaza awal pagi tadi, menyebabkan setakat ini lebih 200 aktivis termasuk 12 rakyat Malaysia ditahan.

Menurut kenyataan Kementerian Luar Israel pada Khamis, aktivis yang berada di atas kapal berkenaan akan dihantar pulang ke negara asal mereka selepas tiba di Israel dengan selamat.

“Penumpang Sumud di atas kapal layar mereka menuju ke Israel dengan selamat dan aman, di mana prosedur pengusiran mereka ke Eropah akan bermula. Penumpang selamat dan dalam keadaan sihat,” kata kementerian itu menerusi satu hantaran di platform X.

Media antarabangsa sebelum ini melaporkan bahawa sebanyak 12 buah kapal yang menyertai misi kemanusiaan GSF dipintas tentera Israel di perairan Laut Mediterranean pada kira-kira jam 2.51 pagi waktu tempatan.

Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM), Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman dalam satu hantaran di Facebook mengesahkan seramai 201 aktivis daripada 36 negara telah ditahan dalam insiden tersebut, termasuk 12 rakyat Malaysia.

“Setakat jam 4 pagi waktu Gaza, seramai 201 orang diculik oleh tentera Israel, terdiri daripada peserta daripada 36 negara. Paling ramai dari Sepanyol iaitu 30 orang, Itali (22), Turkiye (21) dan Malaysia (12). Alhamdulillah, semuanya dilaporkan selamat,” katanya.

Susulan penahanan itu, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menggesa pembebasan segera kesemua aktivis dan sukarelawan yang terlibat, termasuk warga Malaysia.

Beliau menegaskan bahawa misi GSF adalah usaha kemanusiaan yang digerakkan oleh masyarakat awam tanpa senjata, dengan tujuan utama untuk menyalurkan bantuan kepada rakyat Gaza yang terjejas akibat konflik berpanjangan.

Misi flotila kemanusiaan ini menyasarkan untuk membawa bekalan penting ke Gaza yang sedang berdepan sekatan dan krisis kemanusiaan, namun sering berdepan halangan ketenteraan daripada pihak Israel.

Related Posts

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

KOTA KINABALU – Sabah menjadi tuan rumah Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada 11 September 2026.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

KOTA KINABALU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kota Kinabalu petang ini untuk memulakan lawatan kerja selama dua hari ke Sabah. Ketibaan Perdana Menteri di Terminal 2,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula