
PENAMPANG – Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang berjaya menahan seorang lelaki warga asing 41 tahun kerana disyaki terlibat dengan pengedaran dadah di daerah ini pada Rabu.
Menurut kenyataan IPD Penampang menerusi siaran di Facebook rasmi, hasil siasatan polis menjumpai tiga peket lutsinar berisi ketulan hablur jernih disyaki dadah jenis methamphetamine (syabu) seberat 5.22 gram dengan anggaran nilai RM780 dalam simpanan suspek.
“Hasil saringan ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952, jika sakit kesalahan penjara tidak kurang dua tahun serta sebat tidak kurang dari tiga kali dan Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952, yang membawa hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun jika sabit kesalahan,” kata kenyataan itu.
Justeru itu, pihak polis merayu kepada orang ramai yang mempunyai maklumat jenayah atau dadah agar menyalurkan maklumat di balai polis yang berhampiran.



