Penduduk Padawan bersatu jayakan ‘Earth Warriors Day’

PADAWAN – Semangat cintakan alam sekitar dan nilai kerjasama komuniti jelas terserlah apabila ratusan penduduk sekitar menyertai Earth Warriors Day yang berlangsung di Taman Rekreasi Taman Kota Padawan Batu 11, baru-baru ini.

Program tersebut dianjurkan sempena 28 September, yang disambut di seluruh dunia sebagai Hari Gotong-Royong Komuniti, dengan pelbagai aktiviti menarik seperti pembersihan taman, penanaman pokok, dan kempen kitar semula.

Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan (MPP), Cr. Tan Kai berkata, penglibatan komuniti melalui inisiatif ‘adopt-a-park’ amat membantu dalam memastikan lebih 100 taman rekreasi di kawasan Padawan sentiasa terjaga dan terpelihara.

“Tak mudah untuk kami pantau semua taman setiap masa. Tapi dengan program ini, komuniti sendiri bantu pantau dan maklumkan kepada kami jika ada kerosakan atau vandalisme,” katanya ketika merasmikan program berkenaan.

Beliau turut menjelaskan bahawa sambutan Earth Warriors Day secara langsung menyokong Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), antaranya menggalakkan gaya hidup sihat menerusi aktiviti luar, membina komuniti mampan melalui penjagaan taman awam, dan memperkukuh kerjasama antara masyarakat dan pihak berkuasa.

Menurut Tan Kai, MPP mengalu-alukan lebih banyak penyertaan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk turut serta mengambil alih penjagaan taman dan menganjurkan program bersama pihak majlis.

“Walaupun taman-taman ini diambil alih oleh NGO atau komuniti, MPP tetap akan teruskan kerja penyelenggaraan secara berkala. Kami tidak serahkan sepenuhnya kepada komuniti,” jelasnya.

Sementara itu, Kapitan Wilbert Kho dari KRT Countrywood dan Taman Kota Padawan Batu 11 menyeru orang ramai agar menjadikan penjagaan alam sekitar sebagai sebahagian daripada rutin harian, dan bukan hanya semasa program khas.

“Program ini hanya simbolik. Yang penting, kita semua perlu amalkan sikap tidak membuang sampah merata, tidak membakar sampah, dan sentiasa mengitar semula. Kalau kita abaikan, pencemaran akan beri kesan balik kepada kita juga,” katanya.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada MPP dan Pusat Biodiversiti Sarawak (SBC) atas sumbangan 50 anak pokok yang ditanam sempena program berkenaan.

Antara organisasi yang turut terlibat menjayakan Earth Warriors Day ialah Persatuan Klan Jong Kuching-Samarahan-Serian, Kelab Kebudayaan Padawan Kuching, KRT Countrywood dan Taman Kota Padawan Batu 11, JKKK Kampung Kuap Cina, dan MPP sendiri.

Penduduk yang hadir menyifatkan program itu bukan sahaja dapat menceriakan kawasan taman, malah turut mengeratkan hubungan kejiranan serta meningkatkan kesedaran terhadap isu perubahan iklim.

“Kalau semua pihak main peranan, tak mustahil taman-taman kita boleh kekal bersih dan hijau untuk generasi akan datang,” kata salah seorang penduduk yang ditemui.

Foto: Majlis Perbandaran Padawan

Related Posts

JAIP tarik sijil halal 2 syarikat pembekal makanan

KUANTAN – Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) mengesahkan telah menarik sijil halal bagi dua syarikat yang mengusahakan makanan di daerah ini berkuat kuasa serta-merta. Syarikat yang dinamakan adalah GoodFood Industries…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lelaki 59 tahun ditahan, disyaki terlibat kes rogol kanak-kanak OKU

SARATOK – Polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 59 tahun bagi membantu siasatan kes rogol melibatkan seorang kanak-kanak perempuan orang kurang upaya (OKU) di sini. Ketua Polis Daerah Saratok, DSP…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

JAIP tarik sijil halal 2 syarikat pembekal makanan

JAIP tarik sijil halal 2 syarikat pembekal makanan

Lelaki 59 tahun ditahan, disyaki terlibat kes rogol kanak-kanak OKU

Lelaki 59 tahun ditahan, disyaki terlibat kes rogol kanak-kanak OKU

KKM sangkal dakwaan label hologram gagal, masih berfungsi lindungi pengguna

KKM sangkal dakwaan label hologram gagal, masih berfungsi lindungi pengguna

Bayern ke final Piala Jerman hasil gol Diaz, Kane

Bayern ke final Piala Jerman hasil gol Diaz, Kane

City di puncak EPL lepas menang tipis atasi Burnley

City di puncak EPL lepas menang tipis atasi Burnley

Malaysia tegaskan tiada keputusan unilateral boleh dibuat berkaitan Selat Melaka

Malaysia tegaskan tiada keputusan unilateral boleh dibuat berkaitan Selat Melaka