Pemain warisan: FAM, agensi berwajib perlu buktikan dakwaan FIFA tidak berasas

PUTRAJAYA – Semua pihak berkepentingan perlu memberi ruang terhadap Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) serta agensi terlibat bagi membuktikan dakwaan mengenai pemain warisan yang dikeluarkan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) adalah tidak tepat.

Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), Jais Abdul Karim berpandangan, isu tindakan oleh FIFA lebih besar daripada sekadar `kesilapan teknikal’ yang dilakukan oleh FAM.

Menurut beliau, ini kerana isu terbabit dilihat menyentuh berkenaan integriti dokumen rasmi negara dan keberkesanan sistem kawal selia oleh pelbagai agensi.

“Jika benar terdapat dokumen yang dipalsukan, maka ia bukan lagi isu sukan, sebaliknya perlu dilihat sebagai skandal integriti negara, sekali gus menuntut perhatian serius dan tindakan menyeluruh daripada semua pihak.

“Jika tidak ditangani dengan tegas, Malaysia bukan sahaja akan kehilangan kredibiliti di arena bola sepak antarabangsa, malah akan dipersoalkan dalam aspek keselamatan dokumen rasmi.

“Pada tahap ini, kami menggesa semua pihak berkepentingan untuk memberi ruang kepada FAM dan pihak berkuasa berkaitan dalam mengemukakan hujah Malaysia,” katanya menerusi kenyataan kepada The Malaysia Press (TMP), pada Ahad.

Dalam pada itu, Jais mengharapkan agar proses penelitian oleh FAM dan pihak yang bertanggungjawab dijalankan secara adil, telus dan berasaskan bukti yang sahih.

Menurut beliau, pihaknya menuntut siasatan menyeluruh dan telus dilakukan melibatkan semua agensi berkaitan termasuk Kementerian Dalam Negeri (KDN); Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan FAM.

“MCW kekal komited terhadap integriti dan akauntabiliti dalam bola sepak. Kami percaya Malaysia masih mempunyai asas kukuh untuk mempertahankan pendiriannya.

“Kami menggalakkan para penyokong agar terus bertenang dan bersatu padu sementara proses rayuan dijalankan,” katanya.

Sementara itu, Jais menegaskan, sekiranya terdapat unsur penyelewengan atau pemalsuan dokumen, tindakan undang-undang mesti diambil tanpa kompromi.

“MCW akan terus memantau perkembangan kes ini sebagai sebahagian daripada komitmen kami terhadap integriti, kebertanggungjawaban, dan ketelusan dalam pentadbiran negara,” katanya.

Terdahulu, FAM dan tujuh pemain kebangsaan dikenakan tindakan oleh Jawatankuasa Tatatertib FIFA selepas didapati melanggar Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA (FDC) berkaitan pemalsuan dokumen.

FIFA dalam kenyataannya memaklumkan, FAM didapati menyerahkan dokumen dipalsukan dalam urusan kesahihan kelayakan pemain bagi membolehkan mereka diturunkan dalam perlawanan rasmi.

Tujuh pemain terbabit ialah Gabriel Palmero, Facundo Garces, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, Joao Figueiredo, Jon Irazabal dan Hector Hevel yang beraksi buat negara dalam dua perlawanan Kelayakan Piala Asia 2027.

Related Posts

Bekalan minyak negara masih mencukupi, RON95 bersubsidi kekal RM1.99 seliter- PM

BUKIT MERTAJAM – Bekalan petrol dan diesel negara masih mencukupi ketika ini meskipun konflik di Asia Barat dan keadaan ekonomi global memberi tekanan terhadap rantaian bekalan tenaga dunia, kata Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan akan ambil langkah drastik sedia pekerjaan alternatif

SEBERANG PERAI – Kerajaan sedang mengambil langkah drastik bagi memperbaiki tahap pasaran pekerjaan di negara ini sekali gus komited menyediakan pekerjaan alternatif susulan laporan isu kehilangan pekerjaan membabitkan seramai 7,057…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kes tikam ibu tunggal, ejen hartanah diarah jalani pemeriksaan psikiatri

Kes tikam ibu tunggal, ejen hartanah diarah jalani pemeriksaan psikiatri

Bekalan minyak negara masih mencukupi, RON95 bersubsidi kekal RM1.99 seliter- PM

Bekalan minyak negara masih mencukupi, RON95 bersubsidi kekal RM1.99 seliter- PM

Polis siasat hantaran Facebook berbaur provokasi kaum, agama

Polis siasat hantaran Facebook berbaur provokasi kaum, agama

Kerajaan akan ambil langkah drastik sedia pekerjaan alternatif

Kerajaan akan ambil langkah drastik sedia pekerjaan alternatif

Kecurian 100 meter kabel jejas sistem semboyan, operasi ETS dan KTM Komuter Utara tergendala

Kecurian 100 meter kabel jejas sistem semboyan, operasi ETS dan KTM Komuter Utara tergendala

PKR susun semula jentera pilihan raya, Amirudin dan Saifuddin diberi peranan utama

PKR susun semula jentera pilihan raya, Amirudin dan Saifuddin diberi peranan utama