4 keluarga di Jasin resah air kumbahan sering melimpah ke ruang tamu

JASIN – Empat keluarga di Taman Seroja Empat, Taman Maju, Jasin resah terpaksa berdepan dengan masalah limpahan air kumbahan dalam rumah sejak lebih 10 tahun lalu.

Pekerja swasta, Senin Kecut, 60, berkata, setiap kali hujan lebat, rumahnya akan dilanda banjir kilat yang berpunca daripada limpahan air dari lubang kumbahan.

Menurutnya, tidak terhitung berapa kali kediamannya dipenuhi air kumbahan sehinggakan melimpah ke ruang tamu rumah.

“Sedih kerana hanya rumah kami berdepan masalah ini sejak sekian lama dan sehingga kini masih tiada lagi penyelesaian.

“Bila hujan kami nak keluar rumah atau ke mana pun resah sebab bimbang dengan limpahan air kumbahan yang berpunca dari bilik air,” katanya.

Pesara tentera, Mohd Shah Ali, 59, berkata, telah lama bersabar memandangkan sudah mendiami rumah tersebut sejak tahun 2010.

Beliau berkata, sudah mengeluarkan modal yang banyak untuk mengurangkan masalah limpahan air termasuk melakukan ubah suai dan menukar lantai dapur bagi mengelak air melimpah ke ruang tamu seperti yang terjadi sebelum ini.

“Memang penat terpaksa membersihkan lantai rumah yang dinaiki air kotor dan pada Selasa paling teruk.

“Saya berharap agar penyelesaian segera dapat diambil oleh agensi berkenaan,” katanya.

Warga emas, Nona Bujang, 60, pula berkata, dia bersama keluarga buntu mencari penyelesaian bagi mengatasi masalah tersebut.

Menurutnya, sepanjang lapan bulan dalam tahun ini sudah empat kali rumahnya dinaiki air namun dengan kekangan kudrat ditambah dengan mengidapi penyakit asma dia sukar untuk membersihkan air kumbahan tersebut.

“Kejadian seperti ini bukan baharu berlaku malah sudah berpuluh tahun, setiap kali hujan lebat walaupun sekejap sahaja rumah sudah penuh air.

“Saya memohon agar masalah yang dihadapi ini diberi perhatian sewajarnya dan diselesaikan secepatnya oleh pihak berkaitan,” katanya.

Sementara itu, Penyelaras Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) Bemban, Razif Yakop berkata, masalah itu telah di kenalpasti dan pihaknya akan mengatasi masalah berkenaan serta sedang menunggu kelulusan peruntukan daripada Majlis Perbandaran Jasin (MPJ).

Menurutnya, perbincangan akan diadakan bersama MPJ dan Indah Water Kosortium Sdn Bhd (IWK) dalam mencari mekanisma terbaik bagi menyelesaikan isu ini.

“Kita harap peruntukan ini dapat disegerakan dengan awal dan kita akan kenal pasti langkah penyelesaian untuk bantu kurangkan limpahan ketika hujan lebat,” katanya.

Related Posts

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan meluluskan RM1.57 bilion bagi memperkukuh pembangunan sektor kesihatan Sabah menerusi Rolling Plan 1 (RP1) Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi 2026. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

KUANTAN – Polis Pahang mengesahkan satu kejadian rompakan berlaku di sebuah kedai emas dalam pusat beli-belah di Genting Highlands dekat Bentong hari ini. Pemangku Ketua Polis Pahang Datuk Azry Akmar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok