Mangsa ketiga bot karam Selampit disahkan meninggal dunia

LUNDU – Perkembangan terbaharu tragedi bot karam di Batang Kayan, Kampung Selampit pada Selasa lalu mengakibatkan kehilangan tiga mangsa.

Dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang dijalankan selama tiga hari, jasad mangsa ketiga, Alsma Jitwil yang berusia 14 tahun ditemui pada pagi ini.

Difahamkan, mangsa dijumpai terapung di hulu sungai oleh penduduk kampung sekitar 6.38 pagi.

Sebelum ini, jasad dua mangsa lain, Vilkie Wilson (15 tahun) dan Helena Fasha Petrus (16 tahun), ditemui pada Rabu.

“Mangsa pertama (Vilkie) dijumpai dalam keadaan terapung 10 meter dari Pusat Kawalan Operasi Bomba pada 11.58 pagi, manakala mangsa kedua (Helena) ditemui kira-kira satu kilometer ke hilir sungai pada 5.30 petang.

Tragedi ini berlaku ketika sebuah bot yang membawa 16 pelajar, tiga orang awam, dan seorang jurumudi karam sekitar 6 pagi pada Selasa.

Seramai 12 pelajar dan empat lagi mangsa berjaya diselamatkan oleh penduduk kampung, manakala empat pelajar dilaporkan hanyut.

Menurut maklumat, salah seorang daripada mangsa hanyut berjaya diselamatkan selepas ditemui berpaut pada kayu.

Operasi SAR ini melibatkan pelbagai agensi seperti Ibu Pejabat Polis Daerah Lundu, Polis Gerakan Udara, Polis Marin, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Tentera Darat Malaysia, Sarawak Coast Guard, Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, Persatuan Jetski Sarawak, serta penduduk kampung.

Related Posts

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

ALOR SETAR – Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah mencatat sejarah sebagai kerabat diraja pertama yang menjalani dan menamatkan Kursus Asas Penerbangan Helikopter di Kolej Tentera Udara (KTU),…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

LIMBANG – Masyarakat di kawasan perbatasan digesa untuk memainkan peranan proaktif sebagai mata dan telinga kerajaan dengan menyalurkan maklumat berhubung sebarang aktiviti mencurigakan kepada pihak berkuasa. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP