Lawatan ke India rekod komitmen pelaburan RM8 bilion

NEW DELHI – Lawatan ke India berjaya membuahkan hasil apabila Malaysia meraih potensi perdagangan berjumlah RM8 bilion dalam sektor minyak sawit dan produk berasaskan minyak sawit, bahan kimia dan produk kimia, minyak dan gas serta alat ganti kapal terbang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, selain itu Malaysia juga berjaya mendapatkan komitmen pelaburan bernilai RM4.5 bilion daripada pelbagai sektor serta syarikat di negara ini.

“Nilai perdagangan Malaysia-India pada 2023 berjumlah RM72.31 bilion (AS$16.53 bilion) dengan 168 projek pelaburan dilaksanakan sehingga Mac 2024 bernilai RM4.5 bilion, yang bakal mewujudkan 16,640 peluang pekerjaan,” kata beliau yang mengakhiri lawatan rasmi tiga hari ke India, hari ini, lapor Bernama.

Anwar berkata, lawatan ke India kali ini turut menyaksikan pemeteraian lapan Memorandum Persefahaman (MoU) antara kerajaan Malaysia dan India serta tujuh MoU B2B (Perniagaan kepada Perniagaan) antara kedua-dua negara.

“Saya berterima kasih kepada Perdana Menteri India, Narendra Modi, kerana mengundang saya untuk lawatan rasmi ke India yang sangat memuaskan,” katanya.

Mengulas pertemuannya dengan Modi, Anwar berkata, kedua-dua pemimpin itu bersetuju untuk meningkatkan kerjasama komprehensif dalam semua bidang, termasuk digital, pelancongan, pendidikan, penyelidikan dan budaya.

Beliau juga memanjangkan jemputan kepada Presiden India, Droupadi Murmu dan Modi untuk melawat Malaysia bagi meningkatkan momentum hubungan dua hala antara kedua-dua negara.

Ditanya mengenai hasrat Malaysia untuk menyertai perkumpulan BRICS, Anwar berkata, Modi bersetuju untuk menyokong keputusan negara menyertai kumpulan tersebut.

“Pada tahap ini, ia masih di peringkat awal kerjasama.

“Penyertaan secara langsung akan diputuskan oleh wakil-wakil negara dalam pertemuan ketua-ketua negara di Kazan, Rusia, dalam tempoh satu atau dua bulan (lagi),” kata beliau.

Related Posts

Undang Yang Empat sedia runding dengan Tuanku Muhriz berhubung krisis takhta

SEREMBAN – Undang Yang Empat, termasuk tiga yang dipertikaikan, bersama Tunku Besar Tampin menyambut baik sebarang ruang perundingan dengan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berhubung urusan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jerebu: Semua sekolah bawah lapan PPD di Selangor ditutup esok, UASA ditangguh

SHAH ALAM – Semua sekolah di bawah lapan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di Selangor diarahkan tutup pada Jumaat susulan kemerosotan kualiti udara akibat jerebu. Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Undang Yang Empat sedia runding dengan Tuanku Muhriz berhubung krisis takhta

Undang Yang Empat sedia runding dengan Tuanku Muhriz berhubung krisis takhta

Maritim Sandakan rampas aset lebih RM508,000, tahan 10 individu

  • By Fandi
  • October 15, 2026
Maritim Sandakan rampas aset lebih RM508,000, tahan 10 individu

Jerebu: Semua sekolah bawah lapan PPD di Selangor ditutup esok, UASA ditangguh

Jerebu: Semua sekolah bawah lapan PPD di Selangor ditutup esok, UASA ditangguh

ADUN Tellian gesa tindakan tegas gempur dadah sintetik, judi dalam talian

ADUN Tellian gesa tindakan tegas gempur dadah sintetik, judi dalam talian

Miliki 120 telur penyu, lelaki dipenjara setahun, denda RM50,000

  • By Fandi
  • October 15, 2026
Miliki 120 telur penyu, lelaki dipenjara setahun, denda RM50,000

Jerebu rentas sempadan: Kerajaan sudah usaha sedaya mungkin – Anwar

Jerebu rentas sempadan: Kerajaan sudah usaha sedaya mungkin – Anwar