Nombor plat cantik, hidup pun jadi cantik: Hadiah MADANI untuk pemandu

BILA sebut nombor plat cantik, ramai orang bayangkan kereta mewah berderum atas jalan iaitu VVIP atau orang kaya baru yang sanggup habiskan ratus ribu ringgit semata-mata nak ada angka ‘8888’ di belakang kereta.

Tapi di tangan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, nombor plat ini bukan sekadar gaya. Ia jadi alat sosial, sumber dana, malah pelindung nyawa untuk golongan pemandu dalam kategori pengangkutan penumpang.

Apa pun penulis mengucapkan tahniah kepada Athoney Loke dengan skim baharu ini terhadap pemandu teksi, bas dan van sekolah di Malaysia yang prihatin dengan kehidupan mereka.

Kementerian Pengangkutan umumkan RM3.5 juta hasil bidaan nombor plat khas digunakan untuk lindungi 50,000 pemandu teksi, kereta sewa dan bas sekolah.

Kalau tahun lepas cuma RM1.165 juta, kali ini naik lebih tiga kali ganda. Bezanya bukan kecil ini bermakna lebih ramai abang teksi dan pakcik bas sekolah akan ada perlindungan sosial macam insurans pekerja.

Kepada masyarakat, langkah ini memberi kesan langsung. Pemandu komersial setiap hari berdepan risiko: kemalangan, penyakit, atau hilang upaya. Mereka bukan ada majikan yang sediakan insurans, gaji tetap atau KWSP. Hidup mereka bergantung pada meter teksi dan tambang bas.

Dengan perlindungan Perkeso yang dibayar kerajaan, sekurang-kurangnya ada payung bila hujan menimpa.

Bukan pemandu saja lega, keluarga mereka juga rasa aman. Kalau berlaku musibah, ada pampasan dan bantuan yang boleh meringankan beban.

Bayangkan anak kecil pakcik bas sekolah yang ditimpa kemalangan, dulu mungkin nasib tak terbela. Tapi dengan skim ini, keluarga tak dibiarkan hanyut.

Kesan lain yang jarang disebut ialah naik taraf imej pekerjaan pemandu. Selama ini, kerja pemandu teksi, kereta sewa atau bas sekolah dilihat ‘kerja cukup makan’.

Bila kerajaan beri perlindungan rasmi, pekerjaan ini ada maruah. Ia tanda kerajaan nampak, peduli, dan hargai mereka sebagai tulang belakang pengangkutan harian rakyat.

Kepada Kerajaan MADANI pula, inilah satu bentuk politik bijak. Duit orang kaya yang sanggup bayar nombor plat cantik digunakan untuk bantu orang yang bekerja sebagai pemandu.

Kini tak perlu korek bajet negara, tak perlu tambah hutang. Inilah definisi sebenar ‘win-win’: orang kaya puas hati dapat gaya, orang marhaen puas hati dapat ‘nyawa’.

Di sinilah beza dengan kerajaan lama. Dulu kalau nak bantu rakyat, umum projek berbillion, lancar skim mega, tapi akhirnya rakyat dapat segenggam beras atau sekampit minyak masak. Duit habis, kesan kecil.

Ada juga projek besar separuh jalan yang tinggal papan tanda berdebu. Retorik penuh dewan, tapi rakyat terus merangkak.

Kerajaan MADANI tunjuk cara lain. Bajet tak besar, tapi hasil jelas. RM3.5 juta tak nampak gah kalau dibanding dengan angka bilion, tapi bila 50,000 pemandu dapat perlindungan, itulah sebenar-benarnya kejayaan. Dasar kecil, tapi tepat sasaran.

Kejayaan ini bukan sekadar angka. Ia cerita tentang 50,000 nyawa yang lebih tenang ketika bekerja. Ia tentang setiap penumpang yang dihantar dengan senyuman kerana pemandu tahu ada pelindung di belakang mereka.

Ia tentang anak-anak sekolah yang naik van atau bas setiap pagi, tahu pemandu mereka bukan sekadar kerja tanpa jaminan.

Inilah wajah sebenar MADANI Bukan hanya slogan di pentas, tapi tindakan yang terasa di jalanan.

Kalau kerajaan dulu pandai guna duit besar untuk hasil kecil, Kerajaan MADANI buktikan duit kecil pun boleh hasilkan impak besar.

Dulu nombor plat cantik cuma lambang gaya, hari ini nombor plat cantik jadi penyelamat nyawa.

“Kerajaan lama tinggalkan papan tanda projek, Kerajaan MADANI tinggalkan perlindungan untuk manusia. Bezanya, satu hiasan, satu lagi kehidupan.”

Related Posts

‘Terus kerja’ – Dua pesan PMX yang terkesan di hati

Oleh: Marhamah Rosli ULASAN | Dua perkataan yang saya belajar daripada Yang Amat Berhormat (YAB) PMX: ‘Terus kerja’. Ketika gambar ini sampai kepada saya, saya baru tiba dari Penang dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Akmal Saleh: Harimau Pulau Pinang, kucing Alor Setar?

JALUR GEMILANG bukan kain buruk, bukan corak baju dan bukan aksesori untuk bergambar. Malah bukan lambang yang boleh digunakan sesuka hati tanpa mengambil kira spesifikasinya. Sebab itu apabila pakaian Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

ADUN Pas Perlis dilayan seperti pembangkang

ADUN Pas Perlis dilayan seperti pembangkang

Pertembungan epik Arsenal-Chelsea Ahad ini hangatkan musim baharu EPL

Pertembungan epik Arsenal-Chelsea Ahad ini hangatkan musim baharu EPL

UiTM Sarawak perkukuh jaringan antarabangsa menerusi edisi keempat program CDBK 2026

UiTM Sarawak perkukuh jaringan antarabangsa menerusi edisi keempat program CDBK 2026

ICU JPM Sarawak sedia peralatan bantu 55 penerima jana pendapatan

ICU JPM Sarawak sedia peralatan bantu 55 penerima jana pendapatan

Teliti isu dana jalan luar bandar secara teknikal, bukan dinilai sudut politik

Teliti isu dana jalan luar bandar secara teknikal, bukan dinilai sudut politik

AMK Sarawak seru budaya politik matang, tolak serangan peribadi terhadap Nurul Izzah

AMK Sarawak seru budaya politik matang, tolak serangan peribadi terhadap Nurul Izzah