YPA-AIPA medan perkukuh peranan belia

PUTRAJAYA – Pemimpin muda ASEAN mempunyai peranan penting dalam memacu idea baharu dalam memantapkan lagi rantau ini.

Perkara itu antara ditekankan Pengerusi Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN (AIPA), Datuk Mohd Shahar Abdullah.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Sidang Meja Bulat membabitkan Ahli Parlimen Muda ASEAN (YPA) di ibu negara, hari ini.

“Pemimpin muda memainkan peranan penting bukan sahaja sebagai wakil generasi akan datang, tetapi juga sebagai pemacu kepada idea baharu, pendekatan inklusif dan pembangunan lestari.

“Sebanyak 23.24 peratus Ahli Parlimen AIPA kini terdiri daripada pemimpin muda, sekali gus mencerminkan peningkatan penglibatan generasi muda dalam pembentukan dasar serantau.

“Generasi kita memikul tanggungjawab besar untuk memperkukuh asas ASEAN ke arah kemakmuran, ketahanan, dan pertumbuhan,” katanya yang juga Ahli Parlimen Paya Besar.

Sesi Meja Bulat YPA ini adalah yang julung kali diadakan, menghimpunkan pakar dari badan antarabangsa termasuk Pertubuhan Kesihatan Sedunia, Pertubuhan Buruh Antarabangsa dan Bank Dunia.

Antara isu utama dibincangkan termasuklah kerentanan kesihatan, ketidakjaminan pekerjaan, ketidaksamaan pendidikan, dan pembangunan modal insan belia ASEAN.

Mohd Shahar menegaskan bahawa sesi ini adalah permulaan kepada satu gerakan yang lebih besar.

“Dengan bermula kecil tetapi bermula sekarang, kita mampu memastikan bahawa masa depan ASEAN bukan sekadar impian jauh, tetapi satu realiti yang dibina atas suara, idea, dan kepimpinan generasi mudanya,” jelasnya.

Related Posts

Malaysia anjur DSA dan NATSEC 2026, himpun 1,456 syarikat global

KUALA LUMPUR – Lebih 1,456 syarikat dari 63 buah negara menyertai Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2026 bermula esok hingga Khamis ini. Menteri Pertahanan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Iran tarik diri pameran DSA 2026

KUALA LUMPUR – Iran menyatakan hasrat menarik diri pada saat akhir daripada menyertai Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan National Security Asia (NATSEC Asia) 2026. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16