Baram Regatta 2025 ditangguh akibat banjir, tumpuan kini kepada mangsa

MARUDI – Penganjuran Baram Regatta 2025 yang sepatutnya berlangsung dari 18 hingga 21 September ini terpaksa ditangguhkan ke tahun hadapan berikutan situasi banjir yang melanda kawasan Baram, termasuk Marudi.

Pengerusi Jawatankuasa Induk Baram Regatta merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Marudi, Datuk Penguang Manggil berkata, keputusan itu dibuat setelah mengambil kira faktor keselamatan orang awam serta nasihat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian dan Daerah dengan persetujuan Jabatan Premier Sarawak.

“Keadaan banjir di seluruh Baram semakin membimbangkan. Maka, sebagai langkah berwaspada, penganjuran Baram Regatta 2025 ditangguhkan ke satu tarikh baharu pada tahun depan,” katanya dalam kenyataan media pada Rabu.

Beliau turut memohon maaf kepada masyarakat serta pelancong yang menantikan acara itu dan menyeru penduduk terjejas agar berwaspada serta mematuhi arahan pihak berkuasa sepanjang tempoh banjir.

Dalam masa sama, Penguang berharap semua agensi yang terlibat seperti Pejabat Daerah, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta Majlis Daerah Marudi menumpukan sepenuh perhatian kepada usaha membantu mangsa banjir di Ulu Baram, Tinjar, Marudi dan kawasan lain yang terkesan.

Baram Regatta merupakan acara sukan air tradisional yang saban tahun menjadi tumpuan masyarakat setempat dan pelancong, namun edisi kali ini ditangguhkan demi memastikan keselamatan dan kebajikan semua pihak.

Related Posts

Pasangan kekasih positif dadah ditahan selepas bergaduh

SARATOK – Sepasang kekasih ditahan polis selepas terbabit dalam pergaduhan di Kampung Gerigat, Kabong, pada Selasa. Kedua-dua suspek masing-masing lelaki tempatan berusia 31 tahun dari Kampung Nyabor dan wanita tempatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Chelsea pamer karakter pemusnah, kalahkan Leeds 6-3

CHELSEA bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk menewaskan Leeds 6-3 dalam aksi pusingan ketiga Piala Liga di Stamford Bridge, awal pagi tadi. Skuad bimbingan Xabi Alonso hampir tersingkir selepas gol…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PH cakap rasuah, UMNO jawab soal Raja – AMK

PH cakap rasuah, UMNO jawab soal Raja – AMK

NRES jamin aspek adaptasi tidak diketepikan dalam RUU Perubahan Iklim Negara

NRES jamin aspek adaptasi tidak diketepikan dalam RUU Perubahan Iklim Negara

Pasangan kekasih positif dadah ditahan selepas bergaduh

Pasangan kekasih positif dadah ditahan selepas bergaduh

90 ketua cawangan Kangar tinggalkan Bersatu

90 ketua cawangan Kangar tinggalkan Bersatu

Chelsea pamer karakter pemusnah, kalahkan Leeds 6-3

Chelsea pamer karakter pemusnah, kalahkan Leeds 6-3

Warga emas dilaporkan hilang selepas pergi ke kebun

Warga emas dilaporkan hilang selepas pergi ke kebun