Tragedi tanah runtuh di Kg Cendera Kasih, Kolombong ragut tujuh nyawa

KOTA KINABALU – Tragedi tanah runtuh yang menghempap sebuah rumah di Kampung (Kg) Cendera Kasih, Kolombong meragut tujuh nyawa termasuk empat kanak-kanak dalam kejadian pagi Isnin.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Mohd Pisar Aziz berkata, seramai 11 mangsa terlibat iaitu tujuh meninggal dunia dan empat selamat yang mana seorang daripada mereka mengalami kecederaan pada bahagian paha.

“Mangsa yang terkorban membabitkan seorang wanita berusia 40 tahun, seorang lelaki berusia 50 tahun, dua kanak-kanak lelaki masing-masing, berusia 7 tahun dan 2 tahun manakala dua kanak-kanak perempuan masing-masing berusia 4 tahun dan 9 tahun termasuk seorang wanita berusia 24 tahun.

“Mangsa yang cedera ialah seorang lelaki berusia 20 tahun, cedera pada bahagian paha, manakala tiga lagi mangsa berusia antara 15 hingga 18 tahun terselamat,” katanya dalam kenyataan media pada Isnin.

Jelasnya, mangsa meninggal dunia telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Operasi menyelamat ditamatkan pada pukul 3.46 petang, namun pemantauan berterusan akan dijalankan dari semasa ke semasa.

Related Posts

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

KANGAR – Kebun buah-buahan, rumah kediaman dan stor dijadikan lokasi menyimpan senjata api serta peluru milik satu sindiket yang dipercayai aktif di utara Semenanjung sejak 2019. Ketua Polis Perlis, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

BN pertaruh manifesto berteraskan sembilan fokus utama

BN pertaruh manifesto berteraskan sembilan fokus utama

Kerjasama BN-PN ibarat Titanic, tunggu masa karam – Hannah Yeoh

Kerjasama BN-PN ibarat Titanic, tunggu masa karam – Hannah Yeoh

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

Klopp rasmi pengendali baharu Jerman

Klopp rasmi pengendali baharu Jerman