Hajiji seru rakyat hayati semangat patriotisme sempena Hari Malaysia

KOTA KINABALU – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menyeru rakyat agar terus menjiwai makna sebenar Hari Malaysia dengan mengekalkan semangat patriotisme dan kecintaan mendalam terhadap negara.

“Marilah kita pastikan perpaduan dan keharmonian rakyat berbilang kaum dan agama terus terpelihara serta berkekalan di bumi bertuah ini,” katanya dalam perutusan Hari Malaysia di sini pada Ahad.

Hajiji berkata, 16 September merupakan tarikh keramat iaitu hari penubuhan Malaysia.

 “Sebagai rakyat Malaysia, kita amat berbangga dan mesti sentiasa mengingati hari bersejarah ini kerana ia menandakan detik negara kita menjadi berdaulat dan merdeka.

“Pembentukan Malaysia telah membawa pelbagai nikmat dan manfaat kepada semua lapisan masyarakat di negara ini.

“Namun, perjalanan membina negara masih panjang, penuh dengan cabaran serta rintangan yang harus dihadapi.

“Hanya dengan adanya kesatuan, kebersamaan dan perpaduan demi kepentingan tanah air, segala cabaran ini dapat diatasi,” katanya.

Sehubungan itu, beliau mengajak rakyat untuk menghayati tema sambutan Hari Malaysia tahun ini, “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni”, yang mencerminkan keprihatinan serta komitmen kerajaan terhadap kebajikan rakyat berlandaskan prinsip Malaysia MADANI.

Katanya lagi, tema tersebut juga seiring dengan pelaksanaan Hala Tuju Sabah Maju Jaya yang menekankan kesejahteraan rakyat, keadilan, perpaduan serta pembangunan saksama untuk semua lapisan masyarakat.

Related Posts

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

MIRI – Kesemua lima individu yang menaiki helikopter berdaftar 9M-LLF ditemukan maut di dalam bangkai pesawat yang terhempas dan terbakar di hujung landasan Lapangan Terbang Long Lellang pada petang Selasa.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH
  • AdenAden
  • September 9, 2026

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan lima individu semalam bagi membantu siasatan berkaitan kes melibatkan Tabung Haji (TH) termasuk bekas pengerusinya. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Rusdi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

NRES jamin aspek adaptasi tidak diketepikan dalam RUU Perubahan Iklim Negara

NRES jamin aspek adaptasi tidak diketepikan dalam RUU Perubahan Iklim Negara

Pasangan kekasih positif dadah ditahan selepas bergaduh

Pasangan kekasih positif dadah ditahan selepas bergaduh

90 ketua cawangan Kangar tinggalkan Bersatu

90 ketua cawangan Kangar tinggalkan Bersatu

Chelsea pamer karakter pemusnah, kalahkan Leeds 6-3

Chelsea pamer karakter pemusnah, kalahkan Leeds 6-3

Warga emas dilaporkan hilang selepas pergi ke kebun

Warga emas dilaporkan hilang selepas pergi ke kebun

Nahas helikopter: KKM jamin bantuan penuh sehingga semua urusan selesai

Nahas helikopter: KKM jamin bantuan penuh sehingga semua urusan selesai