3 pusat pemindahan sementara dibuka di Penampang

PENAMPANG – Tiga pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka bagi menempatkan penduduk yang terjejas akibat bencana di daerah ini bermula 11 September lalu.

Menurut Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) daerah itu, PPS yang dibuka ialah Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Penampang, Dewan Huguan Siou Tuavon, dan Sekolah Kebangsaan (SK) St. Paul Kolopis.

APM Penampang berkata, pelbagai agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) tampil menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir yang ditempatkan di PPS sejak ia dibuka.

“‎Antara agensi-agensi yang terlibat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Penampang, Angkatan Pertahanan Malaysia (ATM), Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan lain-lain agensi,” ujarnya.

Jelasnya, antara bantuan yang disalurkan meliputi makanan, barangan keperluan asas serta sokongan logistik bagi meringankan beban mangsa yang terjejas.

Turut hadir, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang juga Ahli Parlimen Penampang, Datuk Ewon Benedick yang meninjau keadaan PPS Dewan Huguon Siou pada hari pertama PPS dibuka iaitu 11 September lepas.

Ewon turut beramah mesra bersama mangsa banjir dan menyumbangkan sebuah mesin pengepam air kepada penduduk kampung bagi memudahkan kerja-kerja pembersihan pasca banjir.

Justeru itu, orang ramai boleh menghubungi Pusat Kawalan Operasi Penampang di talian 088-701120 untuk memaklumkan sebarang kecemasan.

APM turut menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada, menjaga keselamatan diri dan mematuhi arahan pihak berkuasa sepanjang tempoh bencana ini.

Related Posts

Orang politik tunggang krisis diraja Negeri Sembilan?

PENGLIBATAN beberapa tokoh politik dalam kemelut membabitkan institusi diraja Negeri Sembilan didakwa hanya memburukkan lagi keadaan dan berisiko menjejaskan kemuliaan institusi Raja serta Undang di negeri berkenaan. Pemerhati politik, Ahmad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PKR Masjid Tanah tampil calon muda, bukti komitmen bawa perubahan 

MASJID TANAH – PKR Cabang Masjid Tanah memberi bayangan bakal menampilkan barisan calon muda pada pilihan raya akan datang sebagai usaha membawa pembaharuan politik yang lebih dekat dengan denyut nadi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Trump arah ketua perisikan sementara pecat kakitangan

Trump arah ketua perisikan sementara pecat kakitangan

Orang politik tunggang krisis diraja Negeri Sembilan?

Orang politik tunggang krisis diraja Negeri Sembilan?

PKR Masjid Tanah tampil calon muda, bukti komitmen bawa perubahan 

PKR Masjid Tanah tampil calon muda, bukti komitmen bawa perubahan 

Permohonan undi pos PRN Johor dibuka

Permohonan undi pos PRN Johor dibuka

UMS laksana MSM, PdP dalam talian bagi dua program asasi

UMS laksana MSM, PdP dalam talian bagi dua program asasi

2 tahun terajui LPKP Sabah, Vivian bangga pelbagai pembaharuan berjaya dilaksana

2 tahun terajui LPKP Sabah, Vivian bangga pelbagai pembaharuan berjaya dilaksana