Jalan Pan Borneo Papar ke KK tidak boleh dilalui akibat tanah runtuh

KOTA KINABALU – Jalan Papar ke Kota Kinabalu (KK) di Jalan Donggongon- Papar Spurs tidak boleh dilalui akibat runtuhan cerun yang berlaku awal pagi Ahad.

Jabatan Kerja Raya (JKR) menerusi satu kenyataan di Facebook rasminya berkata, pihak konsesi telah mengambil langkah awal dengan memasang papan tanda amaran ‘Jalan Ditutup’ di lokasi terbabit.

Jelasnya, kerja-kerja pembersihan sedang dijalankan dengan menggunakan sebuah mesin penggali (excavator) milik kontraktor Jabatan Air yang ditempatkan di kawasan runtuhan.

Sebuah lagi mesin penggali daripada pihak konsesi turut gerak ke tapak bagi mempercepatkan kerja pembersihan lumpur dan tanah.

Menurutnya, laluan sementara satu lorong dijangka dapat dibuka secepat mungkin bagi melancarkan semula pergerakan kenderaan di kawasan berkenaan.

Related Posts

2 tahun terajui LPKP Sabah, Vivian bangga pelbagai pembaharuan berjaya dilaksana

SANDAKAN – Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong Shir Yee menyifatkan tempoh dua tahun menerajui Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah sebagai satu pengalaman berharga yang menyaksikan pelbagai pembaharuan dan penambahbaikan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ops Tiris 4.0: Kegiatan seleweng diesel tumpas

TAIPING – Kegiatan penyelewengan diesel yang dipercayai berselindung di sebalik sebuah stor simpanan tanpa lesen di Kampung Ayer Puteh, Simpang, di sini, berjaya ditumpaskan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

2 tahun terajui LPKP Sabah, Vivian bangga pelbagai pembaharuan berjaya dilaksana

2 tahun terajui LPKP Sabah, Vivian bangga pelbagai pembaharuan berjaya dilaksana

Mengenali, memahami keistimewaan surah Al-Mulk

Mengenali, memahami keistimewaan surah Al-Mulk

Ops Tiris 4.0: Kegiatan seleweng diesel tumpas

Ops Tiris 4.0: Kegiatan seleweng diesel tumpas

Projek naik taraf Tamu Donggongon, Kepayan Square, manfaat besar untuk komuniti Penampang

Projek naik taraf Tamu Donggongon, Kepayan Square, manfaat besar untuk komuniti Penampang

UNIMAP wakili Malaysia dalam projek penyelidikan Kesatuan Eropah

UNIMAP wakili Malaysia dalam projek penyelidikan Kesatuan Eropah

Had umur 16 tahun media sosial wajar lindungi remaja dari ancaman siber – Dr Haryati

Had umur 16 tahun media sosial wajar lindungi remaja dari ancaman siber – Dr Haryati