BN Libaran yakin pertahan 2 kerusi, rampas semula Gum-Gum

SANDAKAN – Barisan Nasional (BN) Libaran yakin mampu mempertahankan dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah sebelum ini, iaitu DUN Sungai Manila dan DUN Sungai Sibuga selain merampas kembali kerusi DUN Gum-Gum pada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) akan datang.

Pengarah Pilihan Raya BN Libaran, Datuk Mokran Ingkat berkata, keyakinan itu berasaskan kekuatan jentera parti yang telah digerakkan sejak sekian lama di setiap Pusat Daerah Mengundi (PDM).

“Insya-Allah, BN Libaran optimis bahawa ketiga-tiga kerusi ini mampu dimenangi hasil kerja keras jentera serta sokongan rakyat yang telah menilai usaha dan sumbangan BN selama ini,” katanya dalam satu kenyataan media pada Sabtu.

Menurutnya, meskipun BN kini berada di blok pembangkang di Sabah, pelbagai projek pembangunan telah berjaya dilaksanakan demi kepentingan rakyat berbanding kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang didakwa tidak menunjukkan pencapaian memberangsangkan di Libaran.

“Masalah asas rakyat seperti air, jalan raya dan bekalan elektrik tidak diurus dengan baik malah terus membebankan masyarakat.

“Jangan bimbang dengan naratif pihak lawan kerana GRS hanya mampu menyerang dan memburukkan BN serta pemimpin-pemimpinnya.

“Hakikatnya, BN telah banyak berjasa kepada rakyat Libaran sejak dahulu hingga kini,” katanya.

Mokran turut mengingatkan jentera BN agar sentiasa berwaspada dan tidak mudah dipengaruhi tawaran wang ringgit daripada pihak lawan.

“Jati diri dan maruah kita tidak setara dengan apapun nilai wang ringgit. Harga diri pastikan utuh, perjuangan terus perkukuh.

“Pantang lari walaupun sedu, ibarat kaki bertongkat kayu, patah sayap bertongkat paruh, namun menyerah bukan darahku,” ujarnya.

Beliau menyeru agar seluruh jentera BN Libaran terus diperkukuh bagi menghadapi PRN17 dengan penuh keyakinan.

“BN memiliki kelebihan dari segi struktur organisasi dan jentera di peringkat akar umbi berbanding parti-parti lain.

“Bersatu, berjuang dan menang bersama rakyat,” ujarnya.

Related Posts

‎‘Lumangad Oku Dika’ juara CLAS16

KOTA KINABALU – Lagu Lumangad Oku Dika karya Ryenald Guntabid dinobatkan juara Anugerah Carta Lagu Artis Sabah Musim Ke-16 (CLAS16), sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM6,000.‎‎Pada pertandingan yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hadiah RM16,500, gelaran Raja Sungai jadi rebutan 26 pasukan di Regatta Krian

SARATOK – Hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM16,500 dan gelaran Raja Sungai menjadi taruhan 26 pasukan yang bakal berentap dalam Regatta Krian sempena Pesta Saratok 2026, dari 2 hingga 4…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‎‘Lumangad Oku Dika’ juara CLAS16

‎‘Lumangad Oku Dika’ juara CLAS16

Hadiah RM16,500, gelaran Raja Sungai jadi rebutan 26 pasukan di Regatta Krian

Hadiah RM16,500, gelaran Raja Sungai jadi rebutan 26 pasukan di Regatta Krian

CLAS16 platform angkat bakat muzik Sabah ke peringkat lebih tinggi

CLAS16 platform angkat bakat muzik Sabah ke peringkat lebih tinggi

Kerajaan MADANI terus utamakan pembangunan Sabah

Kerajaan MADANI terus utamakan pembangunan Sabah

PH hanya jawab persoalan Kerajaan BN bukan campuri krisis institusi diraja, adat

PH hanya jawab persoalan Kerajaan BN bukan campuri krisis institusi diraja, adat

‘Riuh laung Melayu Islam tapi ketepikan akhlak,  idealisme perjuangan’ – PMX

‘Riuh laung Melayu Islam tapi ketepikan akhlak,  idealisme perjuangan’ – PMX