MCFC gesa MCMC, LPF pantau kandungan melampau dalam talian

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) dan Lembaga Penapisan Filem (LPF) digesa untuk mengawal selia platform penstriman dalam talian dan menapis kandungan digital yang keterlaluan.

Naib Pengerusi Kanan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Datuk Seri Ayub Yaakob berkata, susulan insiden-insiden pembunuhan kejam atau cubaan membunuh yang semakin meningkat akhir-akhir ini.

Ayub berkata, amat penting juga peranan masyarakat agar peka dengan individu sekeliling mereka yang mempunyai sifat-sifat cenderung berlaku keadaan emosi luar kawalan bagi mengelakkan berlaku sebarang perkara tidak diingini.

“MCPF mendapati adegan keterlaluan tanpa tapisan seperti dipaparkan dalam filem aksi luar negara yang mudah diakses penonton menerusi platform penstriman luar negara ketika ini memungkinkan pelaku terpengaruh melakukan kekejaman ke atas mangsa semata-mata mahu melupuskan bukti pembunuhan.

“Justeru, MCPF menekankan peri pentingnya sokongan dan bantuan kesihatan mental.

“Selain mendapatkan khidmat sokongan profesional, masyarakat perlu peka untuk saling menasihati individu di sekeliling mereka yang mempunyai ciri-ciri atau sifat yang cenderung untuk berlaku keadaan emosi luar kawalan,” katanya dalam satu kenyataan.

Selain itu, beliau berkata, individu ini perlu mendapatkan khidmat sokongan dan bantuan kesihatan mental adalah seperti sesi kaunseling atau merujuk kepada pakar psikologi ataupun psikiatri.

“Langkah ini dilihat mampu menjadi antara langkah pencegahan bagi membendung daripada berlakunya pembunuhan kejam yang semakin meruncing,” katanya.

Related Posts

Jentera kempen PN kurang menyengat tidak seperti PH, BN bersemangat

BATU PAHAT – Pakatan Harapan (PH) dilihat memulakan kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dengan momentum paling positif apabila berjaya menghimpunkan kehadiran penyokong yang ramai pada hari penamaan calon. Suasan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemansuhan caj RM1 di bank ringan beban kewangan, lancar aliran tunai harian

TAWAU – Pemansuhan caj RM1 bagi pengeluaran tunai antara bank di mesin pengeluaran automatik (ATM) dan mesin kitar semula pintar (SRM) yang berkuat kuasa hari ini dilihat mampu meringankan beban…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

CUEPACS Sarawak sokong langkah KPDN batal had jualan diesel demi kesejahteraan guru

CUEPACS Sarawak sokong langkah KPDN batal had jualan diesel demi kesejahteraan guru

Kerjasama MITA perkukuh potensi Miri sebagai hab edupelancongan

Kerjasama MITA perkukuh potensi Miri sebagai hab edupelancongan

Tiga tekad jadi panduan Rozy bawa perubahan di Buloh Kasap

Tiga tekad jadi panduan Rozy bawa perubahan di Buloh Kasap

Gagal kemuka dokumen pelepasan, kapal tunda ditahan di Perairan Miri

Gagal kemuka dokumen pelepasan, kapal tunda ditahan di Perairan Miri

Maxim Malaysia jayakan Silent Run 5.0 bina jambatan perpaduan komuniti

Maxim Malaysia jayakan Silent Run 5.0 bina jambatan perpaduan komuniti

PDRM Sarawak, PPDB perkasa kerjasama berkas penjenayah rentas sempadan

PDRM Sarawak, PPDB perkasa kerjasama berkas penjenayah rentas sempadan