Serangan udara Zionis Israel terhadap Qatar penghinaan kepada keamanan

MALAYSIA mengutuk sekeras-kerasnya serangan udara Israel di Doha, Qatar.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia satu pencabulan terhadap wilayah berdaulat Qatar.

Selain itu, beliau yang juga Menteri Kewangan menegaskan, tindakan yang dilakukan rejim zionis Israel juga mengancam nyawa rakyat awam.

“Dengan menyasarkan Qatar, sebuah negara yang menjadi pusat pengantaraan dan dialog di Timur Tengah, Israel telah menunjukkan penghinaan terhadap keamanan dan diplomasi.

“Serangan sedemikian tidak boleh diterima. Malaysia berdiri dalam solidariti penuh dengan Qatar dan menyeru masyarakat antarabangsa untuk meminta Israel bertanggungjawab atas pencerobohan keterlaluan itu,” katanya menerusi kenyataan, pada Rabu.

Sementara itu, Wisma Putra menerusi kenyataan menegaskan, pelanggaran seperti itu membawa ancaman serius kepada keamanan dan keselamatan antarabangsa.

“Malaysia mengecam sekeras-kerasnya serangan udara Israel ke atas sebuah bangunan kediaman di Doha semalam dengan menyifatkan tindakan itu melanggar kedaulatan Qatar dan undang-undang antarabangsa termasuk Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“Tindakan haram rejim Zionis Israel akan memburukkan lagi ketegangan serantau dan membahayakan kestabilan dan keselamatan bukan sahaja Qatar, tetapi juga rantau tersebut.

“Malaysia menyeru masyarakat antarabangsa dan Majlis Keselamatan PBB untuk mengutuk sekeras-kerasnya tindakan keganasan Israel dan mempertanggungjawabkan rejim tersebut,” katanya.

Wisma Putra berkata, Malaysia berdiri teguh dan bersolidariti dengan kerajaan dan rakyat Qatar serta menegaskan semula sokongan yang tidak berbelah bahagi terhadap kedaulatan, keselamatan dan kestabilan negara tesebut.

Semalam, Kementerian Luar Negeri Qatar mengesahkan kejadian letupan yang berlaku di Legtaifiya, Doha adalah serangan rejim Israel ke atas pejabat pemimpin Hamas.

Setakat ini tiada rakyat Malaysia dilaporkan terkesan dalam insiden berkenaan.

Bagaimanapun, rakyat Malaysia yang berada di Qatar dinasihatkan supaya terus berjaga-jaga, mengelakkan kawasan kejadian serta mengikuti perkembangan semasa melalui sumber sahih yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa negara itu.

Kerajaan Qatar dalam pada itu memberi jaminan bahawa keadaan kini terkawal sepenuhnya dan ruang udara negara berkenaan tidak akan ditutup.

Related Posts

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

IPOH – Pemuda Parti Amanah Perak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneliti sumber kekayaan yang dikaitkan dengan anak-anak bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berangkat ke New Delhi, India malam ini bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18, selepas selesai lawatan kerja beliau di Sabah.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan