Inkues Zara: Simulasi jatuhan patung tanpa daya dorongan hampir serupa kedudukan mangsa 

KOTA KINABALU – Simulasi jatuhan yang dijalankan polis di tempat kejadian mendapati keadaan tanpa daya dorongan adalah paling hampir dengan kedudukan Allahyarhamah Zara Qairina. 

Perkara itu, diberitahu Inspektor Maidon Bernadus dari Bahagian Siasatan Jenayah, Unit Forensik (D10), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, selaku saksi kelima dalam prosiding kes kematian Zara Qairina di Mahkamah Koroner, di sini pada Selasa.

Katanya, pada 3 Ogos lepas kira-kira pukul 3 pagi beliau selaku ketua pasukan bersama ahli pasukan yang lain daripada D10 IPK Sabah pergi ke lokasi kejadian untuk menjalankan simulasi bagi mendapatkan gambaran yang jelas mengenai insiden.

“Simulasi pertama dibuat dengan patung dijatuhkan terus secara tegak lurus daripada koridor tanpa daya dorongan/tolakan ke hadapan.

“Simulasi kedua pula dibuat dengan patung dijatuhkan sambil menggunakan daya tolakan/dorongan secara minimum ke hadapan daripada koridor.

“Hasil simulasi pertama, saya mendapati jarak antara kedudukan jatuhan patung mendarat dan dinding bangunan asrama di aras bawah adalah lebih kurang 2.14 meter.

“Manakala hasil simulasi kedua, jarak antara kedudukan jatuhan patung mendarat dan dinding bangunan asrama aras bawah adalah lebih kurang 3.45 meter.

“Secara keseluruhan, hasil dari simulasi yang telah saya bersama pasukan CSI lakukan mendapati, simulasi pertama iaitu jatuhan patung ke bawah tanpa daya tolakan/dorongan adalah hampir dengan kedudukan mangsa melalui siasatan awal yang telah dilaksanakan oleh pegawai penyiasat melalui taklimat ringkas yang diberikan pada awalnya,” katanya.

Jelasnya, simulasi kejadian dijalankan menggunakan patung seberat 10 kilogram (kg) yang ditambah pemberat batu bata sehingga mencapai kira-kira 53 kg bagi menyerupai berat fizikal arwah.

“Ketinggian patung adalah lebih kurang 180 sentimeter (cm), iaitu melebihi 27cm daripada ketinggian fizikal si mati (153cm).

“Pembinaan semula tempat kejadian telah dijalankan pada anggaran masa sebenar insiden berlaku, iaitu sekitar pukul 3 pagi, dengan pencahayaan terang hasil daripada lampu bangunan asrama serta lampu tambahan forensik (Cordless/Tower Work Makita),” katanya.

Pada prosiding inkues pada Selasa, beliau turut membentangkan gambar dan rakaman video proses simulasi yang dijalankan pada 3 Ogos lalu di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Amir Shah Amir Hassan yang bertindak selaku Koroner.

Related Posts

Enggan berubah, budaya rasuah cabaran terbesar reformasi negara – Anwar

NILAI – Warga pendidik dan pelajar harus terbuka menjadi golongan yang bersedia menerima perubahan serta memainkan peranan dalam membina masa depan negara. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, cabaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
DAP tidak akan bergerak solo, perlukan gabungan

SETIAUSAHA Agung DAP, Anthony Loke menegaskan parti itu tidak akan meninggalkan Pakatan Harapan (PH) dan akan kekal bersama gabungan berkenaan sehingga tamat tempoh pentadbiran kerajaan perpaduan. Loke dipetik wawancara Channel…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pempengaruh media sosial didakwa rogol remaja berdepan hukuman penjara, sebat

Pempengaruh media sosial didakwa rogol remaja berdepan hukuman penjara, sebat

Enggan berubah, budaya rasuah cabaran terbesar reformasi negara – Anwar

Enggan berubah, budaya rasuah cabaran terbesar reformasi negara – Anwar

DAP tidak akan bergerak solo, perlukan gabungan

DAP tidak akan bergerak solo, perlukan gabungan

Kane masih kecewa England gagal ke final

Kane masih kecewa England gagal ke final

Kes disiplin, buli di sekolah perlu ditangani segera – PMX

Kes disiplin, buli di sekolah perlu ditangani segera – PMX

Pas punca tercetusnya Islamofobia – Amanah

Pas punca tercetusnya Islamofobia – Amanah