Berdepan penjara 20 tahun, pembantu kebajikan mengaku tidak bersalah amang seksual

KANGAR – Seorang Pembantu Kebajikan Masyarakat berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan selepas didakwa atas sembilan pertuduhan amang seksual terhadap seorang remaja perempuan pada hujung tahun lalu.

Tertuduh, Mohd. Zamir Abdul Wahab, 40, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Sesyen, Sharifah Norazlita Syed Salim Idid di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Timbalan Pendakwa Raya, Nabilah Ahmad Poad mengendalikan kes manakala tertuduh diwakili peguam Nurul Syuhada Mohd. Yusof dan Lizawati Salamon.

Menurut kertas pertuduhan, kesalahan itu dilakukan di tepi tangga dan sebuah bilik dekat Pejabat Pembantu Kebajikan Masyarakat, kuarters sebuah rumah perlindungan kanak-kanak antara November hingga Disember tahun lalu sekitar pukul 8.30 malam hingga 9.30 malam.

Dia didakwa melakukan amang seksual fizikal pada beberapa bahagian badan dan kemaluan remaja berusia 17 tahun ketika kejadian berlaku.

Kesemua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 14(a) dan 14(b) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan jaminan sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin serta melarang tertuduh mendekati mangsa selain perlu melapor diri setiap bulan di balai polis berhampiran.

Tertuduh membayar jaminan tersebut dan sebutan semula kes ditetapkan pada 9 Oktober depan.

Related Posts

Projek Sistem Air Akut Rantau Panjang capai tahap 33 peratus siap

SIBU – Projek Sistem Air Akut bernilai RM4.99 juta di Rantau Panjang kini merekodkan kemajuan sebanyak 33 peratus dan berjalan lancar mengikut jadual pembinaan yang ditetapkan. Menteri Utiliti dan Telekomunikasi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Skuter rondaan perkukuh pencegahan jenayah taman rekreasi, fokus lindungi warga emas

KOTA KINABALU – Inisiatif penggunaan skuter dalam rondaan polis di taman rekreasi sekitar bandar ini dilihat sebagai pendekatan baharu yang lebih responsif dan mesra komuniti, khususnya dalam memastikan keselamatan warga…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Projek Sistem Air Akut Rantau Panjang capai tahap 33 peratus siap

Projek Sistem Air Akut Rantau Panjang capai tahap 33 peratus siap

Skuter rondaan perkukuh pencegahan jenayah taman rekreasi, fokus lindungi warga emas

Skuter rondaan perkukuh pencegahan jenayah taman rekreasi, fokus lindungi warga emas

Maritim Semporna tegas perangi jenayah ekosistem marin

Maritim Semporna tegas perangi jenayah ekosistem marin

Harga lantai padi RM3,000 beri kesan harga beras – Dr Ismail

Harga lantai padi RM3,000 beri kesan harga beras – Dr Ismail

Rayuan ditolak, bekas suami Jahidah dipenjara 14 tahun

Rayuan ditolak, bekas suami Jahidah dipenjara 14 tahun

Penyelewengan projek Litar Lumba Antarabangsa Sungai Petani akan didedahkan – Saifuddin

Penyelewengan projek Litar Lumba Antarabangsa Sungai Petani akan didedahkan – Saifuddin