Inkues Zara: Tiada tanda lebam atau dera pada tubuh ketika tiba di hospital

KOTA KINABALU – Mahkamah Koroner pada Selasa diberitahu tiada sebarang tanda lebam atau penderaan dikesan pada tubuh Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir ketika tiba di Hospital Queen Elizabeth (HQE) pada 16 Julai lalu.

Saksi prosiding, Dr Janefer Voo, pegawai perubatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma HQE berkata, beliau menerima pesakit berusia 13 tahun itu kira-kira pukul 4.38 pagi dalam keadaan tidak sedarkan diri selepas ditemui di tingkat bawah asrama sekolahnya.

“Pemeriksaan mendapati bahagian belakang kepala pesakit cedera, bengkak dan berdarah, selain patah tulang tertutup pada pergelangan tangan kiri, patah tulang terbuka pada buku lali kaki kiri serta patah tulang tertutup pada buku lali kanan,” katanya ketika membaca kenyataan saksi di hadapan Koroner, Amir Shah Amir Hassan di sini.

Beliau berkata, selepas pemeriksaan awal dijalankan, satu ‘Trauma Alert’ diaktifkan pada pukul 4.42 pagi untuk rujukan segera kepada pasukan Jabatan Neurosurgeri, Ortopedik, Pembedahan dan Anestesiologi, sementara proses resusitasi dilakukan.

“Hasil pemeriksaan saya, pesakit disyaki mempunyai kecederaan otak trauma yang teruk, kecederaan pada bahagian belakang kepala, patah tulang pada kedua-dua buku lali dan pergelangan tangan kiri, serta disyaki mengalami pendarahan dalaman.

“Disebabkan tekanan darah pesakit terlalu rendah, beliau disyaki mengalami kecederaan dalaman akibat hentakan berimpak tinggi pada tubuh,” jelasnya.

Menurut Dr Voo, hasil pemeriksaan tidak menemui sebarang kesan lebam atau tanda penderaan pada tubuh Zara, sebaliknya hanya kecederaan konsisten dengan jatuh dari tempat tinggi.

Beliau berkata, selepas proses resusitasi dan pengimejan dilakukan, Zara didapati mengalami pendarahan dalam otak, patah terbuka pada buku lali dan tumit kiri, patah tertutup pada tangan kiri dan kaki kanan, patah pada tulang belakang lumbar L2, L3 dan L4, serta darah beku pada tulang pinggul dan otot psoas kiri.

Pegawai pengendali prosiding, Timbalan Ketua Pendakwa Raya, Datuk Badiuszaman Ahmad, kemudian meminta Dr Voo menandatangani kenyataan berkenaan sebelum diserahkan kepada mahkamah.

Related Posts

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

PENYELESAIAN kes saman antara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Solahuddin Hashim, tidak seharusnya berakhir dengan penarikan balik tindakan undang-undang semata-mata. Naib Presiden Parti…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

SHAH ALAM – Status Perikatan Nasional (PN) sebagai gabungan politik menjadi persoalan selepas tular beberapa dokumen yang didakwa dikeluarkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) berkaitan pendaftaran gabungan itu. Antara dokumen…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar