89 65 66 32 80 101 114 100 97 110 97 32 77 101 110 116 101 114 105 44 32 68 97 116 111 39 32 83 101 114 105 32 65 110 119 97 114 32 73 98 114 97 104 105 109 32 115 101 109 97 115 97 32 115 101 115 105 32 68 105 97 108 111 103 32 66 105 115 110 101 115 32 80 101 114 105 110 103 107 97 116 32 84 105 110 103 103 105 32 77 97 108 97 121 115 105 97 45 67 104 105 110 97 32 100 105 32 66 101 105 106 105 110 103 44 32 67 104 105 110 97 46 32 50 32 83 101 112 116 101 109 98 101 114 32 50 48 50 53 46 32 70 65 84 72 3
KETOKOHAN Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi mendapat perhatian antarabangsa apabila menerima pujian terbuka daripada Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Datuk Indera Hermono.
Hermono menegaskan bahawa keberanian dan ketegasan Anwar dalam menyelesaikan konflik sempadan antara Kemboja dan Thailand awal tahun ini mencerminkan kepemimpinan sejati seorang negarawan.
“Dalam masa singkat, beliau berjaya mempertemukan wakil negara yang bertelagah dan mencapai persetujuan damai atau gencatan senjata. Itu sesuatu yang tidak semua pemimpin mampu capai,” kata Hermono, yang akur dengan kemampuan luar biasa Anwar menggalas tanggungjawab sebagai fasilitator ASEAN.
Pujian ini bukan datang sebarangan. Ia hadir daripada seorang diplomat kanan negara jiran yang sedang berdepan pergolakan dalaman, namun tetap mengiktiraf keupayaan Malaysia di bawah Anwar sebagai penyelesai konflik serantau.

Di saat blok ASEAN berdepan cabaran geopolitik yang semakin mencabar, Anwar tampil dengan pendekatan segar, menolak retorik kosong dan memilih jalan damai. Inilah yang membezakan beliau dengan pemimpin konservatif lain yang hanya pandai berslogan tanpa solusi.
Kejayaan Anwar dalam mempertemukan Kemboja dan Thailand membuktikan bahawa Malaysia di bawah pimpinannya bukan lagi pemerhati pasif, tetapi kuasa sederhana yang mampu menjadi jambatan damai.
Lebih penting, pengiktirafan ini menunjukkan bahawa dunia luar melihat Anwar sebagai tokoh yang berupaya membawa kestabilan serantau, pada masa yang sama membina keyakinan terhadap masa depan Malaysia.
Maka jelas, suara-suara sumbang yang sering memomokkan kononnya Anwar gagal mentadbir adalah tidak lebih daripada propaganda murahan. Hakikatnya, ketika mereka sibuk berpolitik sempit, Anwar sedang mengangkat martabat negara ke tahap yang lebih tinggi sebagai pemimpin damai ASEAN.
“PM tengoh bawak Malaysia ke taraf lebih tinggi, mende ni rakyat Malaysia kene sokong, toksoh jadi taasub sempit pemikiran, kite fikir pasal negara bukan taasub parti.”


