Kecuaian ibu bapa punca kanak-kanak membesar tanpa dokumen sah – Chiew Choon Man

MIRI : Ahli Parlimen Miri Chiew Choon Man mendedahkan terdapat banyak kes kanak-kanak tanpa dokumen yang sah akibat berpunca daripada kegagalan ibu bapa itu sendiri yang gagal mendaftarkan perkahwinan mereka secara sah.

Akibat daripada ketiadaan dokumen kewarganegaraan yang sah, ujar beliau, banyak urusan tidak dapat dilakukan.

“Yang menyedihkan lagi mereka akan dianggap sebagai PATI dan akan dikenakan tindakan,” kata beliau.

Ujar beliau lagi, beberapa bulan yang lepas beliau menerima lima laporan yang sama di mana ibu bapa masing-masing mahukan anak mereka bersekolah.

“Mereka berhasrat untuk memberikan pendidikan yang baik kepada anak-anak supaya tidak berakhir dalam keadaan tiada kelayakan pendidikan dan sukar mencari pekerjaan kelak,” katanya.

Dalam pada itu, beliau mencari peguam untuk membantu kanak-kanak ini mendapatkan dokumen-dokumen yang diperlukan supaya dapat diterima masuk ke sekolah serta membantu mereka dalam proses pendaftaran bagi mendapatkan kewarganegaraan.

“Bayangkan, kanak-kanak ini langsung tidak menerima hak sebagai warganegara walaupun dilahirkan di bumi sendiri,” jelasnya.

Menurut beliau, ‘di mana ada kemahuan, di situ ada jalan’ apabila mendapat berita gembira manak-kanak ini mendapat kelulusan untuk diterima masuk ke sekolah. Beliau turut meluangkan masa bersama kanak-kanak ini untuk membeli kelengkapan sekolah.

Sementara itu, beliau menegaskan kepada semua ibu bapa untuk mendaftarkan kelahiran anak-anak sejurus selepas lahir dan bantu mereka mendapatkan kad pengenalan yang sah pada usia 12 tahun.

“Ibu bapa juga perlu memastikan bahawa dokumen perkahwinan dan kad pengenalan diri adalah lengkap sebelum anak dilahirkan, hak mereka sebagai warganegara Malaysia perlu dipandang serius supaya mereka dapat menjalani kehidupan yang baik di tanah air sendiri,” kata beliau.

“Jangan musnahkan masa depan anak-anak hanya kerana kecuaian dan menganggap ini bukan satu masalah besar,” ujarnya lagi.

Beliau percaya ini bukan satu kes yang terpencil dan difahamkan di luar sana masih terdapat banyak kes yang serupa.

Tambahnya lagi, beliau memainkan peranan penting dalam menjalinkan kerjasama antara pelbagai agensi kerajaan dalam melengkapkan dokumen-dokumen yang diperlukan agar semua kanak-kanak ini juga dapat menerima pendidikan.

Selain itu, beliau turut berterima kasih kepada pegawai-pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Miri dan Jabatan Bantuan Guaman Cawangan Miri atas bantuan yang diberikan.

“Malaysia Madani akan terus komited untuk tidak meninggalkan siapa-siapa pun di belakang. Sama-sama kita berganding bahu dalam membangunkan pemberdayaan manusia untuk Malaysia yang lebih harmoni,” katanya.

Related Posts

Inkues Zara Qairina masuk fasa penting, enam pakar dipanggil

KOTA KINABALU – Prosiding inkues bagi kes kematian Zara Qairina Mahathir memasuki fasa penting apabila mahkamah diberitahu bahawa pihak peguam keluarga mangsa akan memanggil enam pakar, termasuk Pakar Forensik, Psikologi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Insiden bot migran karam tidak berlaku di perairan negara – Maritim

LANGKAWI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) mengesahkan insiden bot yang membawa kira-kira 250 hingga 280 migran, disyaki warga Bangladesh dan Myanmar, yang dilaporkan karam di Laut Andaman baru-baru…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Inkues Zara Qairina masuk fasa penting, enam pakar dipanggil

Inkues Zara Qairina masuk fasa penting, enam pakar dipanggil

Krisis tenaga global dorong fokus perkukuh sektor pertanian – Akmal

Krisis tenaga global dorong fokus perkukuh sektor pertanian – Akmal

Insiden bot migran karam tidak berlaku di perairan negara – Maritim

Insiden bot migran karam tidak berlaku di perairan negara – Maritim

GKMM mohon kuota 300 liter RON95 dikekalkan untuk pengamal media

GKMM mohon kuota 300 liter RON95 dikekalkan untuk pengamal media

Pemuliharaan karya seni 1MDB secara profesional cerminkan integriti pengurusan aset negara

Pemuliharaan karya seni 1MDB secara profesional cerminkan integriti pengurusan aset negara

Sifarkan miskin tegar: Kerajaan Pas Kedah kini bercanggah dengan fitrah

Sifarkan miskin tegar: Kerajaan Pas Kedah kini bercanggah dengan fitrah