RUU Majlis Media dalam proses akhir untuk dimuktamad

KANDUNGAN Rang Undang-undang Majlis Media Malaysia (RUU MMM) sedang dalam peringkat akhir untuk dimuktamadkan oleh Kementerian Komunikasi sebelum dibawa ke Parlimen.

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata, penilaian peruntukan dalam RUU MMM itu akan dilakukan bersama Jawatankuasa Protem Majlis Media Malaysia terdiri daripada wakil industri media, ahli akademik dan pihak awam.

“Hal ini adalah bagi memastikan peruntukan-peruntukan yang dipersetujui dalam kandungan RUU MMM tersebut adalah jelas serta penubuhan MMM kelak memenuhi objektif utama disasarkan.

“Setelah kandungan RUU MMM dimuktamadkan serta prosesnya diselesaikan, draf RUU MMM akan dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara untuk semakan selanjutnya.

“Seterusnya Kementerian ini akan membentangkan Memorandum Jemaah Menteri untuk mendapatkan kelulusan bagi pembentangan RUU MMM di parlimen setelah semakan oleh Jabatan Peguam Negara (AGC) selesai,” katanya di Dewan Rakyat.

Beliau berkata, kerajaan sentiasa menyokong prinsip kebebasan media serta menjamin hak kebebasan bersuara rakyat menurut Fasal 1(a), Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, langkah itu selari dengan usaha kerajaan memperbaiki kedudukan Malaysia dalam indeks global berkait undang-undang media dan memastikan hak asasi manusia, termasuk kebebasan media diberikan keutamaan dalam dasar serta amalan negara. 

Related Posts

PMX bertemu rakan Kerajaan Perpaduan bincang krisis Negeri Sembilan

SATU pertemuan difahamkan sedang berlangsung melibatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama beberapa pemimpin utama Kerajaan Perpaduan, pada Selasa ketika krisis pentadbiran Negeri Sembilan terus menjadi perhatian. Perkara itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
BN, UMNO Negeri Sembilan nafi dakwaan ‘tebuk atap’

UMNO dan Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan menolak dakwaan ‘tebuk atap’ atau cubaan mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri secara tidak bertanggungjawab. Menerusi satu kenyataan dikeluarkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PMX bertemu rakan Kerajaan Perpaduan bincang krisis Negeri Sembilan

PMX bertemu rakan Kerajaan Perpaduan bincang krisis Negeri Sembilan

BN, UMNO Negeri Sembilan nafi dakwaan ‘tebuk atap’

BN, UMNO Negeri Sembilan nafi dakwaan ‘tebuk atap’

9,000kg makanan haiwan tanpa permit ditahan di ICQS Bukit Kayu Hitam

9,000kg makanan haiwan tanpa permit ditahan di ICQS Bukit Kayu Hitam

Hasrat pulang tak kesampaian, jenazah Halimah dikebumi di Madinah

Hasrat pulang tak kesampaian, jenazah Halimah dikebumi di Madinah

Kerajaan lindungi majoriti pengguna daripada impak kenaikan kos elektrik

Kerajaan lindungi majoriti pengguna daripada impak kenaikan kos elektrik

PH kesal tindakan 14 ADUN BN Negeri Sembilan

PH kesal tindakan 14 ADUN BN Negeri Sembilan