Tiga lagi individu dirakam keterangan oleh MCMC berhubung hantaran palsu 3R

PUTRAJAYA  Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) merakam keterangan tiga lagi individu berhubung hantaran palsu berunsur perkauman di Facebook dan TikTok berkait insiden seorang wanita menaiki pentas utama semasa sambutan Hari Kebangsaan peringkat Negeri Perak di Ipoh, pada Ahad.

MCMC menerusi kenyataannya berkata, hantaran tersebut yang mendakwa kononnya tindakan itu dilakukan oleh seorang wanita berbangsa Cina adalah tidak benar.

Kata agensi itu, dakwaan yang dilemparkan berpotensi mencetuskan ketegangan kaum dan persepsi negatif dalam kalangan masyarakat.

“Rakaman keterangan ke atas ketiga-tiga individu berkenaan dijalankan di Balai Polis Kuala Nerang, Kedah; Balai Polis Beserah, Kuantan dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut, Pulau Pinang, semalam.

“Sebanyak tiga unit telefon bimbit, tiga keping kad SIM dan satu kad memori telah disita bagi tujuan analisis forensik digital,” katanya, pada Khamis.

Dalam pada itu, MCMC menegaskan, siasatan kes terbabit dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588].

“Ia memperuntukkan hukuman denda maksimum RM500,000 atau penjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan.

“MCMC turut mengingatkan orang ramai supaya sentiasa mengesahkan kesahihan maklumat sebelum membuat atau menyebarkan sebarang kandungan di media sosial,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan seorang wanita yang memakai kemeja dan seluar hitam tersebut dilihat berlari ke arah Sultan Nazrin yang sedang berdiri memberi tabik hormat sewaktu lagu kebesaran negeri Perak sedang dimainkan.

Kejadian berlaku kira-kira jam 8.20 pagi itu dan semakan mendapati suspek mempunyai rekod lampau berkaitan kes dadah selain rekod rawatan psikiatri yang kini berada di bawah pengawasan pakar.

Related Posts

Inisiatif PuTERA35 mampu tingkatkan ekonomi usahawan termasuk kawasan luar bandar

SRI AMAN – Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 (PuTERA35) merupakan salah satu inisiatif yang dirangka bagi memperkukuh dan meningkatkan kemajuan usahawan Bumiputera. Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Hanifah Hajar Taib berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kempen Internet Selamat: Tiada sekolah terpinggir dalam usaha lindungi generasi muda

SEBANYAK 107 Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di seluruh Selangor dan Kuala Lumpur menyertai Kempen Internet Selamat (KIS) anjuran Suruhanjaya Komunikasi Multimedia (MCMC). Perkara itu didedahkan oleh Timbalan Menteri Komunikasi,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Putrajaya beri ‘lampu hijau’, mampukah Sanusi laksanakan?

Putrajaya beri ‘lampu hijau’, mampukah Sanusi laksanakan?

Inisiatif PuTERA35 mampu tingkatkan ekonomi usahawan termasuk kawasan luar bandar

Inisiatif PuTERA35 mampu tingkatkan ekonomi usahawan termasuk kawasan luar bandar

Kempen Internet Selamat: Tiada sekolah terpinggir dalam usaha lindungi generasi muda

Kempen Internet Selamat: Tiada sekolah terpinggir dalam usaha lindungi generasi muda

Inkues Zara: Saksi dedah arwah dituduh mencuri sehari sebelum kejadian

Inkues Zara: Saksi dedah arwah dituduh mencuri sehari sebelum kejadian

Inkues: Saya panggil nama Zara, pegang pipi tapi tiada respons – Saksi ke-6

Inkues: Saya panggil nama Zara, pegang pipi tapi tiada respons – Saksi ke-6

Rumah kongsi 16 pintu, kereta dan motosikal terbakar di Tawau

  • By Fatin
  • September 12, 2025
Rumah kongsi 16 pintu, kereta dan motosikal terbakar di Tawau